Utusan Borneo (Sarawak)

Pengawal keselamata­n tembak mati rakan kerana beza gaji

-

MUAR: Mayat seorang wanita warga emas ditemui terdampar di tepi Sungai Muar berhampira­n Jambatan Sultan Ismail di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Zaharudin Rasip berkata mayat wanita berusia 63 tahun itu ditemui oleh orang awam kira-kira jam 3.30 petang.

Berdasarka­n kad pengenalan yang ditemui pada mayat, warga emas itu dipercayai penduduk tempatan selain polis turut menemui sebuah motosikal jenis Yamaha Sport berhampira­n tebing sungai, kira-kira 40 meter dari lokasi penemuan mayat, katanya pada sidang media, di sini semalam.

Beliau berkata berdasarka­n siasatan awal, pihaknya tidak menemui sebarang unsur jenayah pada mayat dan kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut.

Katanya mayat wanita itu dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini untuk dibedah siasat. — Bernama IPOH: Tidak puas hati dengan perbezaan gaji dikenal pasti sebagai motif seorang lelaki nekad menembak rakan sekerjanya sehingga mati di sebuah kilang ubat Seri Iskandar, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.25 malam itu, mangsa Masri Pandak, 37, yang merupakan pengawal keselamata­n kilang di Taman Farmaseuti­kal Seri Iskandar ditemui mati di pos pengawal dengan kesan tembakan di bahagian dada kiri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Yahya Abd Rahman berkata perbezaan gaji antara suspek lelaki berumur 52 tahun dengan mangsa telah menimbulka­n selisih faham antara mereka.

“Suspek beranggapa­n mangsa cuba masuk campur urusan kewangan dan pekerjaann­ya di kilang tersebut dan ia disyaki bermula sejak tiga bulan lepas,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, semalam.

Yahya berkata polis telah berjaya menahan suspek di rumahnya di Batu 15.5 kampung Paloh, Telok Bakong, Lambor Kanan jam 7.30 malam kelmarin dan turut merampas senjata yang disyaki digunakan dalam insiden tersebut.

Katanya serbuan ke atas rumah suspek pada Sabtu gagal membawa kepada penangkapa­n kerana lelaki itu tiada di rumah, tetapi polis telah merampas sepucuk pistol jenis Walther, pistol tiruan besi jenama Pietro Beretta Garoone V.T bersama kelopak peluru kosong dan dua kotak plastik berisi 100 biji berbola besi (ballbearin­g).

“Dengan tertangkap­nya suspek dan rampasan dibuat, polis Perak telah berjaya menyelesai­kan kes bunuh berkenaan dalam tempoh 48 jam,” katanya.

Katanya semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod kesalahan lampau melibatkan kes memiliki barang curi pada tahun 2005.

Suspek kini direman tujuh hari mulai semalam hingga 9 Sept bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SERAH TUGAS: Acryl Sani (tengah) menyaksika­n majlis serah terima tugas di antara Zainal Abidin (dua kiri) kepada Abd Rahim (kanan) pada majlis Serah Terima tugas Jawatan Ketua Polis dan Timbalan Ketua Polis Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah (IPK) dekat Alor Setar, semalam.
— Gambar Bernama SERAH TUGAS: Acryl Sani (tengah) menyaksika­n majlis serah terima tugas di antara Zainal Abidin (dua kiri) kepada Abd Rahim (kanan) pada majlis Serah Terima tugas Jawatan Ketua Polis dan Timbalan Ketua Polis Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah (IPK) dekat Alor Setar, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? DIBEBAS: Bekas ketua pengarah sebuah bahagian di Jabatan Perdana Menteri ( JPM) bergelar ‘Datuk’ yang ditahan enam hari di Putrajaya berkaitan siasatan penyelewen­gan dana kerajaan dibebaskan selepas tempoh tahanan reman berakhir semalam.
— Gambar Bernama DIBEBAS: Bekas ketua pengarah sebuah bahagian di Jabatan Perdana Menteri ( JPM) bergelar ‘Datuk’ yang ditahan enam hari di Putrajaya berkaitan siasatan penyelewen­gan dana kerajaan dibebaskan selepas tempoh tahanan reman berakhir semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia