Utusan Borneo (Sarawak)

Banteras judi dalam talian antara tumpuan utama polis Kedah

-

ALOR SETAR: Usaha membantera­s kegiatan perjudian haram terutamany­a secara dalam talian, maksiat dan gengsteris­me antara yang akan diberikan tumpuan utama oleh Ketua Polis Kedah baharu untuk memastikan negeri ini bersih daripada aktiviti itu.

Datuk Abd Rahim Jaafar berkata beliau memberikan jaminan bahawa tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak termasuk anggota dan pegawainya yang didapati terlibat dalam kegiatan berkenaan.

“Tidak ada kompromi kepada perjudian, maksiat ataupun kegiatan gangsteris­me di Kedah...apabila saya diamanahka­n, saya akan buat. Saya ada ramai pegawai di bawah saya yang akan saya gemblengka­n untuk menangani perkara ini.

“Saya bagi amaran kepada mereka yang bergiat dalam aktiviti ini supaya hentikan... saya akan ambil tindakan secara operasi dan juga mengambil tindakan di bawah undang- undang pencegahan yang ada seperti POCA (Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017) dan sebagainya.

“...jika ada pegawai dan anggota terlibat, saya tidak akan bertolak ansur dengan mereka, saya akan mengambil tindakan terhadap mereka,” katanya pada sidang media selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis dan Timbalan Ketua Polis Kedah baharu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini semalam.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Bukit Aman Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Mengenai perjudian itu, Abd Rahim berkata penekanan akan turut diberikan terhadap kegiatan itu yang beroperasi di rumah dan tindakan juga akan dikenakan kepada mana-mana penyewa sekiranya mereka didapati menyewa kediaman itu kepada pihak yang menjalanka­n aktiviti judi berkenaan.

“(Operasi judi dalam ) menggunaka­n rumah, tak kira rumah ke, pejabat ke, kedai ke, kita mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan... kita akan bekerjasam­a dengan TNB (Tenaga Nasional Berhad) untuk putuskan bekalan elektrik,” katanya.

Katanya selain itu beliau juga akan meminta kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk bersama-sama dengan polis Kedah membantera­s kegiatan berkenaan.

Abd Rahim menggantik­an Datuk Zainal Abidin Kasim yang bertukar ke Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA).

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kedah baharu Datuk Mat Kasim Karim menggantik­an Datuk Sahabudin Abd Manan yang ditukarkan ke Bukit Aman menjadi Timbalan Pengarah I StaRT bagi mengisi kekosongan tempat Mat Kasim di sana. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia