Utusan Borneo (Sarawak)

Empat beranak ditahan bersama ekstasi RM1.36 juta

-

MUAR: Polis menahan sepasang suami isteri dan dua anak mereka termasuk seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta merampas dadah disyaki jenis ekstasi bernilai kira- kira RM1.36 juta di sebuah rumah di Taman Permata Indah, Sungai Abong, di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Zaharudin Rasip ber- kata tiga lelaki dan seorang perempuan berusia 16 hingga 44 tahun itu ditahan hasil maklumat dan risikan yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar kira-kira 12.30 pagi.

“Pada 30 Ogos lepas, ketika membuat pemeriksaa­n di kediaman keluarga, polis menemui dadah disyaki serbuk ekstasi seberat 3,350 gram bernilai RM558,000 dan hasil pemeriksaa­n pada sebuah kereta jenis Nissan Teana, polis menemui enam bungkus dadah disyaki mengandung­i 16,060 biji pil ekstasi bernilai RM803,000.

“Selain sebuah kereta jenis Nissan bernilai RM100,000, polis turut merampas sebuah lagi kereta jenis Honda CRV bernilai RM70,000 dan kedua- dua kenderaan ini adalah bukan milik suspek. Jumlah keseluruha­n nilai yang dirampas dianggarka­n RM1.53 juta,” katanya dalam sidang media di IPD Muar di sini, semalam.

Beliau berkata sebiji pil ekstasi itu dipercayai dijual dengan harga RM50 dan ujian saringan urin terha- dap lelaki berusia 44 tahun itu menunjukka­n positif Methamphet­amine manakala ujian terhadap isterinya yang berusia 42 tahun dan dua anak lelaki berusia 16 dan 17 tahun menunjukka­n negatif.

Zaharudin berkata pasangan suami isteri itu mempunyai rekod lampau atas kesalahan dadah pada 2013.

Katanya siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengenal pasti sumber bekalan diperoleh suspek dan juga rangkaian pengedaran­nya.

“Kesemua suspek ditahan reman sehingga 5 Sept dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit salah boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia