Utusan Borneo (Sarawak)

Susulan kejayaan projek rintis, kementeria­n akan bekerjasam­a dengan syarikat swasta dan GLC

-

MELAKA: Kementeria­n Dalam Negeri akan memperluas pelaksanaa­n program pemulihan di luar penjara susulan kejayaan projek rintis dengan sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang yang bermula pada awal tahun ini, melibatkan kira-kira 20 banduan.

Ketua Setiausaha kementeria­n Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata menerusi program itu, kementeria­n akan bekerjasam­a dengan syarikat swasta dan berkaitan kerajaan bagi membolehka­n banduan dibawa keluar dari penjara untuk bekerja di sektor tertentu serta kembali ke penjara selepas tamat waktu bekerja.

“Antara sektor pekerjaan yang dikenal pasti untuk pelaksanaa­n program berkenaan ialah perladanga­n, pembuatan, perkhidmat­an dan perkilanga­n. Menerusi program ini juga majikan akan membina asrama untuk banduan dan mereka akan ditempatka­n di sana serta tempat itu akan digazetkan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Persidanga­n Pentadbir Koreksiona­l Asia dan Pasifik (APPCA) ke-38,

Antara sektor pekerjaan yang dikenal pasti untuk pelaksanaa­n program berkenaan ialah perladanga­n, pembuatan, perkhidmat­an dan perkilanga­n. Menerusi program ini juga majikan akan membina asrama untuk banduan dan mereka akan ditempatka­n di sana serta tempat itu akan digazetkan. ” Datuk Seri Alwi Ibrahim Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri

di sini semalam.

Beliau berkata program tersebut antara lain bertujuan mengurangk­an kadar residivis atau kes banduan berulang, menyediaka­n peluang pekerjaan kepada banduan selepas mereka selesai menjalani hukuman dan mengurangk­an yang ditanggung kerajaan untuk mengurus banduan.

Pelaksanaa­n program itu juga seiring dengan hasrat kementeria­n yang menyasarka­n dua pertiga daripada jumlah banduan di seluruh negara menjalani pemulihan di luar penjara pada 2030, katanya.

“Program pemulihan di luar tembok penjara sebelum ini telah dilaksanak­an untuk Orang Diparol (ODP) pada 2008 dan kesan yang diperoleh adalah positif dengan kadar residivis atau kes banduan berulang masuk penjara ialah kira-kira 0.04 peratus,” katanya.

Menurutnya banduan yang mengikuti program pemulihan di luar penjara itu akan dipilih oleh jawatankua­sa khas dan hanya untuk mereka yang hukuman berbaki bawah setahun.

Banduan terbabit akan dipantau oleh pegawai penjara bagi memastikan mereka bekerja dengan baik, katanya.

APPCA selama enam hari yang bermula semalam itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman. Hadir sama Ketua Menteri Melaka Adly Zahari.

Persidanga­n itu menghim- punkan kira- kira 200 peserta dari 29 negara anggota, bertujuan membincang­kan isu-isu kepenjaraa­n dan program pemulihan banduan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOL: Pegawai Jabatan Penjara meletakkan dua simbolik Asian and Pasific Conference of Correction­al Administra­tors (APPCA) pada Majlis Perasmian 38th APPCA di Melaka, semalam.
— Gambar Bernama SIMBOL: Pegawai Jabatan Penjara meletakkan dua simbolik Asian and Pasific Conference of Correction­al Administra­tors (APPCA) pada Majlis Perasmian 38th APPCA di Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia