Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan komited pastikan keseimbang­an kaum dalam perkhidmat­an awam

-

KUALA LUMPUR: Persidanga­n Dewan Negara semalam diberitahu kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited dalam memastikan keseimbang­an kaum dalam perkhidmat­an awam.

Bagaimanap­un kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin, pelantikan individu dalam perkhidmat­an awam adalah berdasarka­n merit kelayakan mengikut Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam (SPA).

“Kerajaan melantik menteri kewangan daripada bukan Melayu yang mana pelantikan dibuat kerana merit dan kredibilit­i. Pelantikan peguam negara, ketua hakim negara, ini semua contoh bagaimana kerajaan bergerak untuk mewujudkan keadaan orang bukan Melayu berminat untuk berkhidmat dalam penjawat awam,” katanya pada sesi soal jawab lisan persidanga­n itu, di sini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Aknan Ehtook berkenaan ketidaksei­mbangan kaum dalam kalangan penjawat awam di negara ini.

Mohamed Hanipa berkata berdasarka­n statistik SPA bagi tempoh 2015 hingga Jun 2018, kaum Melayu merupakan paling ramai yang berminat dan mendaftar dengan SPA untuk bekerja dalam perkhidmat­an awam iaitu sebanyak 79.66 peratus.

“Ia diikuti kaum Bumiputera Sabah sebanyak 7.84 peratus; Sarawak (5.59%); kaum India (3.21%); kaum lain ( 1.84%); kaum Cina (1.6%) dan orang asal sebanyak 0.25%,” katanya.

Mohamed Hanipa berkata buat masa ini SPA tidak bercadang untuk memperkena­lkan kuota pelantikan mengikut nisbah tertentu.

“SPA berpandang­an bahawa kaedah pengambila­n berdasarka­n merit yang dilaksanak­an buat masa ini mampu memberi peluang yang adil kepada semua calon di samping memastikan hanya calon berkelayak­an dilantik dalam perkhidmat­an awam,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Aknan mengenai langkah kerajaan bagi meningkatk­an minat kaum lain menyertai perkhidmat­an awam, Mohamed Hanipa berkata semua pihak harus menerima hakikat bahawa citarasa dan minat setiap individu adalah berbeza.

“Bagaimanap­un, saya telah mengarahka­n SPA untuk menjalanka­n kajian bagi melihat mengapa ketidaksei­mbangan dalam perkhidmat­an awam berlaku dan saya akan pastikan kajian ini dilakukan secara telus bagi memuaskan hati semua pihak,” katanya. — Bernama SHAH ALAM: Malaysia dan Singapura bersetuju untuk menangguhk­an pelaksanaa­n projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi (HSR) sehingga ke suatu tempoh yang akan ditetapkan.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata keputusan penangguha­n itu dibuat dengan mengambil kira faktor situasi ekonomi negara yang tidak kukuh buat masa ini.

“Kita (Malaysia dan Singapura) telah mencapai kata muafakat bagaimana kita dapat menyelesai­kan pertindiha­n projek ini...dengan keadaan ekonomi, Malaysia tidak mampu meneruskan projek ini.

“Singapura bagaimanap­un bersetuju dengan pandangan kerajaan Malaysia untuk menangguhk­an pelaksanaa­n projek ini sehingga ke satu tempoh ketika keadaan ekonomi kembali pulih,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, semalam.

Mohamed Azmin, yang juga Ahli Dewan Undan- gan Negeri (ADUN) Bukit Antarabang­sa ditemui selepas menghadiri istiadat perasmian Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Persidanga­n Dewan Negeri Selangor ke-14, yang disempurna­kan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah.

Beliau berkata keputusan itu juga dibuat selepas pihaknya mengadakan beberapa siri rundingan bersama kerajaan Singapura baru-baru ini.

Jelas beliau, hasil daripada perbincang­an itu, Malaysia tidak perlu membayar sebarang pampasan kepada Singapura sepanjang tempoh penangguha­n tersebut.

“Tiada pampasan akan dibayar dalam tempoh penangguha­n itu, di akhir penangguha­n kemudian (sekiranya) dibatalkan, baharu kita bayar.

“Selepas penangguha­n pastinya kita akan teruskan. Kita juga akan teruskan perbincang­an bagaimana kita boleh kurangkan kos projek itu, kemungkina­n mengguna pakai teknologi baharu atau melihat kepada aspek lain,” katanya.

Tambah Mohamed Azmin, perbincang­an selanjutny­a dengan kerajaan Singapura selepas ini akan menjurus kepada penguranga­n kos projek serta fokus perkhidmat­an antarabang­sa yang dilihat dapat memberi kesan baik kepada kedua-dua negara termasuk dari segi pertumbuha­n ekonomi.

Katanya lagi, HSR mempunyai dua komponen iaitu ‘Internatio­nal Service’ yang melibatkan perjalanan dari Singapura ke Malaysia serta ‘Domestic Service’ yang melibatkan tujuh hentian sepanjang perjalanan.

“Kita akan fokus pada ‘Internatio­nal Service’ ini,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata kerajaan Malaysia akan berunding dengan Singapura untuk menangguhk­an pelaksanaa­n projek kereta api itu berikutan tidak dapat meneruskan­nya dalam keadaan kewangan negara pada masa ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia