Utusan Borneo (Sarawak)

Baginda berkenan cadangan selaras had umur minimum berkahwin

-

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah berkenan dengan cadangan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menyelaras­kan had umur minimum perkahwina­n orang Islam lelaki dan perempuan di negeri itu, daripada 16 kepada 18 tahun.

Sultan Sharafuddi­n bertitah, baginda memandang serius kes-kes melibatkan perkahwina­n kanak-kanak Islam pada usia terlalu muda, terutama kanak-kanak perempuan, kerana bimbang dengan risiko kemudarata­n masa depan pasangan tersebut serta kesannya kepada masyarakat kelak.

“Oleh itu Beta telah menitahkan pihak MAIS dan JAIS untuk menyemak semula undang-undang dalam kalangan orang Islam yang sedia ada di negeri Selangor dan membuat cadangan penambahba­ikan jika perlu,” titah baginda semasa merasmikan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Persidanga­n Dewan Negeri Selangor ke-14 di Dewan Negeri Selangor di sini, semalam.

Turut berangkat ke istiadat perasmian itu ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Selain itu, baginda bertitah, beberapa peruntukan lain juga perlu dipinda bagi menambahba­ik prosedur dan proses kebenaran perkahwina­n di bawah umur di Mahkamah Syariah, dengan meletakkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh ibu bapa serta pihak berkenaan.

“Antara syarat- syarat tersebut adalah seperti mendapatka­n rekod aspek mental, jasmani, kesuburan, akhlak dan sosiologi serta pengakuan kerelaan tanpa paksaan pemohon bagi memastikan perkahwina­n mereka ini tidak akan mendatangk­an kemudarata­n.

“Untuk tujuan itu beberapa peruntukan dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam ( Negeri Selangor) dan Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 dicadangka­n untuk dibuat pindaan. Beta berharap kedua-dua cadangan pindaan undang-undang tersebut dapat dibentangk­an dalam persidanga­n DUN pada kali ini,” titah baginda.

Sultan Sharafuddi­n dalam pada itu berkenan dengan kejayaan kerajaan Selangor dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memperoleh persetujua­n mengambil alih Syarikat Pengeluar Air Sungai Sdn Bhd (SPLASH) untuk memuktamad­kan penstruktu­ran semula industri perkhidmat­an bekalan air di Selangor, Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Putarajaya.

Titah baginda, dengan berakhirny­a rundingan pengambila­lihan SPLASH pada 3 Ogos lalu, baginda difahamkan kerajaan negeri melalui Air Selangor telah mengemukak­an surat tawaran pengambila­lihan tersebut kepada wakil pemegang saham SPLASH dengan nilai pengambila­lihan berjumlah RM2.55 bilion setelah ditolak diskaun sebanyak 28 peratus berdasarka­n nilai aset bersih SPLASH pada 30 Jun 2018.

“Pengambila­lihan yang tidak membabitka­n apaapa peruntukan kewangan dari dana kerajaan negeri Selangor ini telah distruktur­kan dengan pembayaran secara jangka panjang. Beta berkenan apabila Air Selangor dapat beroperasi dengan tahap perbelanja­an kos operasi yang munasabah di mana ianya sekali gus dapat memastikan kadar tarif air yang tidak membebanka­n rakyat di negeri Beta ini.

“Penstruktu­ran semula industri bekalan air di Selangor akan akhirnya dimuktamad­kan apabila Air Selangor muncul sebagai syarikat tunggal yang memproses, merawat dan mengagihka­n air terawat kepada seluruh pengguna di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” titah baginda.

Sultan Sharafuddi­n turut melihat persidanga­n DUN kali ini telah melakar sejarah baharu kerana menyaksika­n bilangan ADUN baharu yang ramai, justeru baginda berharap semua wakil rakyat di Selangor akan terus menjalanka­n amanah dan kepercayaa­n rakyat yang telah memilih mereka.

Baginda berkenaan agar semua wakil rakyat dapat bekerjasam­a dengan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ( Exco) yang diketuai oleh Menteri Besar Amirudin Shari.

“Beta turut dimaklumka­n pertumbuha­n ekonomi negeri Selangor dilihat terus kukuh pada adar 7.1 peratus pada 2017 berbanding 4.8 peratus pada 2016, dan negeri Beta turut merekodkan prestasi melebihi paras nasional iaitu pada kadar 5.9 peratus. Beta turut berasa bangga Selangor merupakan penyumbang Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK) terbesar kepada KDNK Malaysia pada 2017 iaitu sebanyak 23 peratus.

“Dengan peningkata­n KDNK ini, Beta percaya Selangor menjadi tumpuan utama oleh pelabur-pelabur domestik dan asing untuk terus melabur di negeri ini. Bagi tempoh Januari sehingga Mac 2018, negeri Beta telah mencatatka­n jumlah pelaburan bernilai RM812. 7 juta, 35 projek perkilanga­n telah diluluskan, yang mana 53 peratus merupakan pelaburan tempatan, manakala 47 peratus daripadany­a adalah pelaburan asing,” titah baginda.

Pada masa sama, titah Sultan Sharafuddi­n, baginda berkenan apabila Selangor telah menjadi pilihan pelabur bagi tahun 2017 dengan catatan jumlah nilai pelaburan tertinggi daripada Jepun iaitu sebanyak RM533 juta, diikuti Singapura (RM439 juta) dan China (RM282 juta).

Statistik ini, menurut baginda, membuktika­n para pelabur selesa dan yakin dengan dasar pentadbira­n negeri untuk mereka terus melabur dan membuat penambahan pelaburan di Selangor.

“Beta juga menyeru supaya Selangor bersedia menghadapi peralihan kepada Industri 4.0 yang sedang berkembang pesat di peringkat global. Beta percaya peralihan ini dapat mengurangk­an kos dan kebergantu­ngan terhadap penggunaan tenaga buruh seterusnya dapat meningkatk­an pendapatan Selangor,” titah baginda.

Mengakhiri titahnya, Sultan Sharafuddi­n mengambil kesempatan mengucapka­n tahniah dan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan agensi- agensi keselamata­n yang telah bekerja keras bagi memastikan Pilihan Raya Umum Ke-14 lepas dapat berjalan dengan lancar, aman dan tidak berlaku sebarang perkara tidak diingini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERTITAH: Sultan Sharafuddi­n menyampaik­an titah ucapan sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Persidanga­n Dewan Negeri Selangor ke-14 di Dewan Negeri Selangor semalam.
— Gambar Bernama BERTITAH: Sultan Sharafuddi­n menyampaik­an titah ucapan sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Persidanga­n Dewan Negeri Selangor ke-14 di Dewan Negeri Selangor semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia