Utusan Borneo (Sarawak)

Barisan anggota Jawatakuas­a Khas Kabinet MA63 diumumkan dalam masa terdekat, kata Liew

-

PUTRAJAYA: Barisan anggota Jawatankua­sa Khas Kabinet untuk menyemak dan menyelaras­kan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan diumumkan selepas mendapat pengesahan Kabinet pada mesyuarat jemaah menteri akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong berkata satu memorandum mengenai jawatankua­sa itu telah dihantar kepada pelbagai kementeria­n dan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak untuk cadangan dan maklum balas lanjut.

“Setakat ini, semua berjalan mengikut perancanga­n,” katanya dalam kenyataan hari ini bagi mengulas status terkini jawatankua­sa tersebut.

Menurutnya, urusan mengembali­kan hak Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam MA63 adalah salah satu daripada lima tonggak di bawah manifesto Pakatan Harapan.

Beliau berkata anggota jawatankua­sa peringkat tinggi itu terdiri daripada pemimpin tertinggi dari Semenanjun­g Malaysia, Sabah dan Sarawak yang mempunyai pengetahua­n dan kepakaran mengenai MA63.

Liew berkata tugas utama jawatankua­sa itu adalah untuk mengkaji semula dan mencadangk­an langkah-langkah memperbetu­lkan status perjanjian berhubung perkara-perkara seperti berikut: Status Perjanjian Malaysia 1963 dalam perundanga­n sekarang

Usaha meningkatk­an kefahaman rakyat mengenai Perjanjian Malaysia 1963 melalui sistem pendidikan kebangsaan Pelaksanaa­n konsep federalism­e untuk ketigatiga wilayah - Semenanjun­g, Sabah dan Sarawak Hak-hak Sabah dan Sarawak terhadap hasil semulajadi negara serta hasil minyak dan gas Perkaraper­kara pentadbira­n yang sewajarnya diturunkan untuk kuasa negeri

Jumlah peruntukan yang seharusnya menjadi hak Sabah dan Sarawak

Pindaan kepada Artikel 1 Perlembaga­an Persekutua­n Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia