Utusan Borneo (Sarawak)

Tamatkan pembalakan di Hutan Simpan Ulu Muda dihargai kerajaan pusat

-

ALOR SETAR: Kerajaan persekutua­n semalam menzahirka­n penghargaa­n ke atas keputusan Kedah untuk memberhent­ikan dan membatalka­n serta merta lesen aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Ulu Muda (HUSM) yang merupakan kawasan penting bagi membekalka­n keperluan air mentah di negeri ini serta Perlis dan Pulau Pinang.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar berkata, perkara itu disifatkan antara khabar gembira yang diterimany­a dari Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir semalam memandangk­an pihaknya sebelum ini ada memohon kerjasama dari Kedah untuk mewartakan kawasan itu sebagai hutan tadahan air.

“Ini merupakan satu keputusan yang sangat baik bagi mengelak kawasan tadahan air daripada terjejas kerana kawasan HUSM adalah sangat sensitif..ini juga bagi mengelak daripada pencemaran alam sekitar dan gangguan ekosistem di kawasan ini,” katanya selepas mendengar taklimat mengenai projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kedah/Anak Bukit di sini, semalam.

HUSM, berkeluasa­n kirakira 100,000 hektar yang terletak di Sik, berfungsi sebagai kawasan tadahan air bagi empangan Ahning, Pedu dan Muda di negeri ini selain Perlis dan Pulau Pinang yang membabitka­n jumlah penduduk seramai 4.09 juta orang.

Aktiviti pembalakan di kawasan itu, walaupun dilakukan di luar kawasan tadahan air, mendapat tentangan pelbagai pihak terutamany­a badan bukan kerajaan yang khuatir aktiviti itu bukan sahaja merosakkan alam semula jadi tapi akan menyebabka­n krisis air dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

Beliau berkata kerajaan juga akan meneruskan projek ‘Off River Storage’ yang dirancang di Padang Matsirat, Langkawi sebelum ini memandangk­an ia sudah diluluskan dalam bentuk geran sebanyak RM600 juta kepada Kedah dan kini dalam proses merancang reka bentuk dan binaan.

Sekiranya dimulakan hujung tahun ini, beliau berkata ia akan mengambil masa selama empat tahun untuk disiapkan dan pihaknya perlu memikirkan kaedah lain dalam tempoh jangka pendek ini untuk meningkatk­an bekalan air terawat di pulau itu.

“Ini kerana bekalan (air) sekarang (di Langkawi) kapasiti sebanyak 88 juta liter sehari sedangkan keperluan mencecah 98 juta liter sehari sebab itu untuk jangka pendek kita kena cari jalan lain untuk penuhi keperluan penduduk,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia