Utusan Borneo (Sarawak)

Pengusaha bauksit mahu kerajaan tarik balik moratorium

-

KUANTAN: Pengusaha bauksit di negeri ini berharap kerajaan dapat menarik balik moratorium bagi perlombong­an mineral itu yang dikenakan sejak 2016 pada penghujung tahun ini.

Penasihat Persatuan Pengusaha Mineral Negeri Pahang (PPMNP) Datuk Seri Abdul Rahim Abdul berkata sebanyak 20 pelombong berdaftar di bawah PPMNP berharap kerajaan dapat menimbang perkara itu memandangk­an banyak pihak yang terlibat dalam industri berkenaan terpaksa menanggung kerugian.

“Kita merasakan moratorium ini perlu ditarik balik kerana industri perlombong­an ini amat bermakna bagi kerajaan negeri dan kerajaan persekutua­n dari segi kutipan cukai.

“Dalam tempoh hampir tiga tahun moratorium ini dikenakan, kerajaan negeri telah mengalami kerugian dari segi kutipan royalti sebanyak RM8 bagi satu tan bauksit,” kata Abdul Rahim yang juga Pengarah LLT Group (Malaysia) Sdn Bhd.

Beliau ditemui pada Majlis Lawatan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ke kawasan pusat pengumpula­n Wangsa Makmur Corporatio­n (M) Sdn Bhd dan perasmian Makmal Geolab (M) Sdn Bhd di Gebeng, di sini, semalam.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Pengerusi Jawatankua­sa Kemudahan Asas, Sistem Penyampaia­n Awam dan Inovasi negeri Pahang Datuk Seri Norul Azali Sulaiman.

Abdul Rahim berkata pembatalan moratorium ini juga dapat mewujudkan situasi menang-menang bagi pihak pelombong, orang ramai, kerajaan negeri dan juga kerajaan pusat.

“Jika perlombong­an bahan mineral ini tidak diteruskan, banyak pihak akan mengalami kerugian termasukla­h pihak pelombong iaitu dari segi peralatan yang dibeli terbengkal­ai begitu sahaja.

“Bagi syarikat LLT sahaja, kami telah mengalami kerugian sebanyak RM20 juta dalam tempoh pemberhent­ian aktiviti perlombong­an ini. Kerugian ini tidak termasuk 20 syarikat lain di bawah PPMNP,” katanya.

Sementara itu, pusat pengumpula­n bahan mineral di bawah kendalian LLT yang dibangunka­n di atas tanah berkeluasa­n 8.94 hektar dapat memuatkan simpanan bahan mineral sebanyak 2 juta tan pada satu masa.

“Tapak simpanan ini juga akan diperluasn menjadi 22.26 hektar bagi menampung semua bahan mineral yang dilombong untuk disimpan di sini terlebih dahulu sebelum dihantar ke pelabuhan.

“Ini merupakan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanak­an bagi memastikan perlombong­an bauksit dapat dijalankan semula di sini dan meminimaka­n pencemaran yang berlaku.

“Apabila semua pelombong menghantar bauksit ke pusat ini sebelum dihantar ke pelabuhan, saya yakin ia dapat mengurangk­an pencemaran walaupun tidak 100 peratus,” katanya lagi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Wan Rosdy (dua kanan) melawat tempat perlombong­an bauksit ketika merasmikan Makmal WM Geolab (M) Sdn Bhd di Taman Perindustr­ian Gebeng, Kuantan semalam.
— Gambar Bernama TINJAU: Wan Rosdy (dua kanan) melawat tempat perlombong­an bauksit ketika merasmikan Makmal WM Geolab (M) Sdn Bhd di Taman Perindustr­ian Gebeng, Kuantan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia