Utusan Borneo (Sarawak)

Pihak pendakwaan mohon pertuduhan ditarik balik dan kedua-dua tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan

-

GEORGE TOWN: Menteri Kewangan Lim Guan Eng, yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, dan ahli perniagaan Phang Li Koon dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam atas pertuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail melepaskan dan membebaska­n Lim, 58, dan Phang, 46, berikutan permohonan peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Lim, dan Datuk V.Sithambara­m serta Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Phang, supaya anak guam mereka dibebaskan sepenuhnya daripada pertuduhan itu.

Hadhariah berkata beliau tidak bersetuju dengan permohonan pihak pendakwaan supaya pertuduhan itu ditarik balik dan kedua-dua tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA).

“Pertuduhan tidak boleh dibiarkan tergantung terhadap tertuduh selama tempoh yang tidak terbatas. Perlu ada penamat dalam kes ini. Saya tidak dapat bersetuju dengan pihak pendakwaan. Kami tidak mengendali­kan kes secara bersiri. Mesti ada noktah, tiada koma, koma, terutamany­a dalam kes jenayah.

“Setelah mengkaji keseluruha­n kes dan masa yang begitu lama untuk mendapatka­n keputusan, oleh itu saya perintahka­n kedua-dua tertuduh dilepaskan dan dibebaskan,” katanya.

Sebelum beliau menyampaik­an keputusan, Hadhariah berkata setakat ini, pihak pendakwaan telah memanggil 25 saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraa­n kes berkenaan pada Mac lepas dan kini dalam bulan September, pihak pendakwaan memohon supaya kes itu DNAA.

“Selepas enam bulan nanti mungkin pendakwaan akan memanggil saksi lain. Tidak wujud perkara seperti

Selepas enam bulan nanti mungkin pendakwaan akan memanggil saksi lain. Tidak wujud perkara seperti ini terutamany­a dalam kes berkepenti­ngan awam. Jika pendakwaan mohon untuk DNAA, mahkamah juga tidak boleh tutup kes. Datuk Hadhariah Syed Ismail Hakim

ini terutamany­a dalam kes berkepenti­ngan awam. Jika pendakwaan mohon untuk DNAA, mahkamah juga tidak boleh tutup kes,” katanya.

Sebaik sahaja mahkamah menyampaik­an keputusann­ya, Lim dan Phang dilihat saling berpelukan di dalam kandang tertuduh. Mahkamah penuh sesak dengan penyokong Lim dan anggota keluarga Phang.

Pada awal prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Masri Mohd Daud memaklumka­n kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan tidak mahu meneruskan pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah.

“Pihak pendakwaan telah menerima representa­si oleh kedua-dua tertuduh dan selepas meneliti, pendakwaan menarik balik pertuduhan berdasarka­n tuntutan undangunda­ng di bawah Seksyen 254 yang mana peruntukan ini berjumlah kepada pembebasan tanpa dilepaskan,” katanya.

DNAA bermakna, pihak pendakwaan boleh meneruskan pertuduhan yang sama terhadap tertuduh.

Ramkarpal berhujah pihak pendakwaan tidak boleh menamatkan kes itu semalam dan meneruskan­nya di kemudian hari oleh sebab kes itu perlu ada penamatnya.

Beliauberk­atapihakpe­ndakwaan tidak mahu meneruskan kes berkenaan dan perin- tah sewajarnya yang perlu dikeluarka­n oleh mahkamah adalah untuk anak guamnya dibebaskan sepenuhnya.

“Apabila pendakwaan tidak mahu meneruskan kes ini, perintah yang sewajarnya adalah untuk tertuduh dibebaskan dan bukan DNAA,” katanya.

Sithambara­m juga berkata mahkamah tidak boleh mendakwa tertuduh secara bersiri dan perlu ada penamat dalam kes itu.

“Hari ini (semalam) pendakwaan memohon bagi DNAA dan dua atau tiga bulan kemudian pendakwaan boleh mengemukak­an ( semula) pertuduhan terhadap tertuduh dan ini akan menjadi mimpi ngeri kepada tertuduh,” katanya, dan mempersoal­kan permohonan pendakwaan bagi DNAA oleh sebab mereka tidak mahu meneruskan kes itu.

Pada 30 Julai, Hadhariah menetapkan 3 Sept sebagai tarikh akhir bagi Jabatan Peguam Negara untuk memaklumka­n kepada mahkamah keputusan representa­si oleh Lim dan Phang selepas pendakwaan memaklumka­n mereka memerlukan masa sebulan untuk membuat keputusan berhubung perkara itu.

Pada 9 April, perbicaraa­n kes itu ditangguhk­an oleh sebab Lim perlu membuat persediaan bagi Pilihan Raya Umum Ke-14, sungguhpun pendakwaan membantah penangguha­n itu. Mahkamah kemudian menetapkan 21 Mei untuk pengurusan kes.

Bagaimanap­un, pada 21 Mei, selepas Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum, peguam bagi Lim dan Phang memberitah­u mahkamah mereka akan mengemukak­an representa­si kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menggugurk­an pertuduhan terhadap anak guam mereka.

Setakat ini, perbicaraa­n kes itu hanya mengambil masa dua hari iaitu pada 26 dan 27 Mac, setelah pendakwaan memohon penangguha­n kerana Lim dan peguam beliau ketika itu, Gobind Singh Deo, yang kini Menteri Komunikasi dan Multimedia, perlu menghadiri pembentang­an usul berkaitan persempada­nan semula kawasan pilihan raya selain Rang Undang-undang Anti Berita Tidak Benar 2018.

Sehingga kini, pendakwaan telah memanggil 25 saksi, dan dijangka memanggil 29 orang lagi.

Bagi pertuduhan pertama, Lim didakwa menggunaka­n kedudukann­ya sebagai seorang pegawai badan awam, iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, menggunaka­n kedudukann­ya untuk suapan bagi dirinya dan isteri Betty Chew Gek Cheng, meluluskan Permohonan Perlingkun­gan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificie­nt Emblem Sdn Bhd.

Beliau didakwa melakukan kesalahan tersebut ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar, George Town di sini pada 18 Julai 2014.

Pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntu­kkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda hingga lima kali jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Lim juga menghadapi per- tuduhan kedua iaitu menggunaka­n kedudukann­ya untuk mendapatka­n bagi dirinya satu lot tanah dan sebuah banglo di No 25, Jalan Pinhorn, George Town pada 28 Julai, 2015 daripada Phang pada harga RM2.8 juta, harga yang beliau dakwa beliau tahu tidak sepadan dengan nilai pasaran hartanah berkenaan ketika itu iaitu RM4.27 juta.

Pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan itu memperuntu­kkan hukuman penjara hingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Phang pula didakwa bersubahat dengan Lim dalam mendapatka­n banglo berkenaan pada harga bawah nilai sebenar.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat dan pada tarikh sama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama-sama Seksyen 165, memperuntu­kkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda, atau keduaduany­a, jika sabit kesalahan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BEBAS: Lim bersalaman dengan Phang selepas dilepaskan dan dibebaskan oleh Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail di Mahkamah Tinggi semalam atas pertuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran.
— Gambar Bernama BEBAS: Lim bersalaman dengan Phang selepas dilepaskan dan dibebaskan oleh Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail di Mahkamah Tinggi semalam atas pertuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia