Utusan Borneo (Sarawak)

‘Kini nama saya bersih daripada fitnah rasuah’

-

GEORGE TOWN: Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semalam melahirkan rasa syukur selepas dibebaskan daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian banglo di bawah nilai pasaran.

Lim dalam nada sayu dan terharu ketika ditemui pemberita di luar mahkamah mengucapka­n rasa syukur yang tidak terhingga apabila namanya kini bersih daripada sebarang palitan rasuah.

“Saya amat bersyukur bahawa sesuatu pendakwaan terpilih dan juga yang telah membawa banyak tekanan kepada saya, keluarga saya juga kepada Phang (Phang Li Koon) yang turut berdepan pertuduhan rasuah) akhirnya tamat.

“Kini kami boleh membersihk­an nama kami, kita tahu itu bermula daripada rejim lama. Hari ini (semalam) sebenarnya saya dan Phang bersiap sedia untuk apa-apa saja kemungkina­n. Namun saya amat bersyukur kepada Tuhan, bersyukur dengan barisan peguam saya, ahli keuarga saya yang sentiasa berdiri bersama saya, serta kepada penyokong-penyokong yang sering bersama saya,” katanya.

Lim yang kini Menteri Kewangan berkata beliau kini mampu menarik nafas lega apabila bebas daripada tuduhan fitnah dan akan mengadakan majlis bagi meraikan kemenangan itu.

Beliau berkata tumpuan selepas ini adalah beliau akan bersungguh-sungguh meneruskan tugas penting bagi menyelamat­kan ekonomi Malaysia.

“Saya akan teruskan kerja lebih penting iaitu untuk menyelamat­kan ekonomi Malaysia dan membawa satu perubahan yang lebih baik untuk masa depan anak-anak kita.

“Saya juga juga berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana sungguhpun saya telah difitnah dengan tuduhan-tuduhan demikian, mereka masih menyokong kuat kepimpinan saya, terima kasih pada parti saya, barisan kepimpinan yang bersama saya, tidak pernah meragui dan mempersoal­kan saya adalah pemimpin yang bersih,” katanya.

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam membebaska­n Lim dan Phang daripada pertuduhan rasuah yang dihadapi mereka berhubung pembelian banglo di bawah nilai pasaran selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan dan memohon perintah supaya kedua-dua tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan.

Bagaimanap­un peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Lim dan Datuk V. Sithambara­m bertindak bagi pihak Phang memohon supaya anak guam mereka dibebaskan dan dilepaskan daripada pertuduhan itu.

Di luar mahkamah keduadua peguam itu memberitah­u media bahawa pihak pembelaan menyambut baik serta amat mengalu-alukan keputusan mahkamah yang membebaska­n anak guam mereka. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BEBAS RASUAH: Lim kelihatan ceria selepas Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam membebaska­nnya dan ahli perniagaan Phang Li Koon daripada tuduhan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.
— Gambar Bernama BEBAS RASUAH: Lim kelihatan ceria selepas Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam membebaska­nnya dan ahli perniagaan Phang Li Koon daripada tuduhan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia