Utusan Borneo (Sarawak)

Gugur kes Guan Eng: Senator gesa Peguam Negara beri penjelasan

-

KUALA LUMPUR: Peguam Negara Tommy Thomas digesa memberikan penjelasan sewajarnya tentang kenyataan rasmi Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes melibatkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam.

Anggota Dewan Negara Senator Khairul Azwan Harun berkata ia berhubung pembebasan Lim yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dan ahli perniagaan Phang Li Koon daripada pertuduhan rasuah mengenai pembelian sebuah banglo bawah nilai pasaran.

Menurut Khairul Azwan, Peguam Negara perlu segera tampil memberi penjelasan kerana keputusan mahkamah semalam boleh menyebabka­n peranan institusi kehakiman negara diragui.

“Kita akui Peguam Negara dan Pejabat Peguam Negara mempunyai kuasa untuk mem- buat, menarik balik pertuduhan atau apa-apa tindakan pendakwaan, tetapi kes ini telah menimbulka­n ‘big question mark’ dan mencipta pelbagai persepsi tidak baik kerana kes ini telah dibawa ke mahkamah sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini semalam.

SPRM dalam kenyataan ringkas semalam menegaskan bahawa keputusan menarik balik kes tersebut telah diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara dan bukannya daripada SPRM.

HakimDatuk­HadhariahS­yed Ismail melepaskan dan membebaska­n Lim, 58 dan Phang, 46 berikutan permohonan peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Lim, danDatukV.Sithambara­m serta Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Phang, supaya anak guam mereka dibebaskan sepenuhnya daripada pertuduhan itu.

Hadhariah berkata beliau tidak bersetuju dengan per- mohonan pihak pendakwaan supaya pertuduhan itu ditarik balik dan kedua-dua tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA).

D N A A b e r m a k n a pihak pendakwaan boleh meneruskan pertuduhan yang sama terhadap tertuduh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia