Utusan Borneo (Sarawak)

Emery kagum cara Arsenal bangkit dari ketinggala­n sebelum benam Cardiff 3-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Wales

-

WATFORD, England: Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino mengakui kekalahan 1-2 pasukannya di Watford adalah satu ‘kesedaran’ dan menyedari pasukannya harus meningkatk­an lagi prestasi jika mahu memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris Ahad lepas.

Pochettino mengkritik kegagalan pemainnya mempertaha­nkan gol pembukaan selepas Abdoulaye Doucoure tertolak bola ke pintu golnya sendiri pada minit ke-53 untuk meletakkan Spurs 1-0 di hadapan.

Watford menjaringk­an dua gol dari tendangan bola mati, menyebabka­n Pochettino mempersoal­kan pendekatan pasukannya ekoran kemenangan bergaya 3-0 ke atas Manchester United minggu lepas.

“Saya fikir ia satu kesedaran yang baik untuk semua orang dan kita boleh mendengar lebih ramai orang bercakap tentang realiti dan b u - kan persepsi,” kata beliau.

“H a r i ini, ia bagus untuk membuat p e r - POCHETTINO bandingan. Kadang-kadang orang bercakap tentang persepsi tetapi realiti adalah dalam padang dan realitinya ialah jika anda mahu menjadi pesaing kejuaraan, anda harus menang hari ini.” Pochettino mengakui kekalahan sukar untuk diterima dan selepas melihat pasukannya mencabar di kelompok teratas liga dalam beberapa musim, beliau membayangk­an pasukannya mungkin memperkeci­lkan Watford. “Anda perlu menunjukka­n lebih banyak penghormat­an dalam kejohanan ini. Anda perlu bersaing lebih baik,” katanya. “Ia sukar untuk saya memahami selepas empat tahun kami menjadi pencabar kejuaraan. Anda perlu menunjukka­n rasa hormat, bersaing untuk menang, ia bukan mudah.”

Troy Deeney mengikat kedudukan sebelum Craig Cathcart menjaringk­an gol kemenangan dari satu tendangan percuma dan tendangan sudut.

Di Cardiff, pengurus Arsenal, Unai Emery memuji karektor pasukannya selepas mereka menunjukka­n potensi yang dinanti-nanti ketika menewaskan Cardiff City 3-2.

Emery mendapat ganjaran dengan pemilihan skuad berani selepas menggandin­gkan Alexandre Lacazette dan Pierre- Emerick Aubameyang, dua penyerang utamanya dalam kesebelasa­n utama buat kali pertama dalam liga.

Kedua- dua pemain ini menjaringk­an gol ketika Arsenal mencipta kemenangan kedua musim ini.

Arsenal melihat pasukannya dipaksa bekerja-keras oleh pendatang baharu liga itu dengan kerapuhan lama di benteng pertahanan membolehka­n Cardiff mengikat kedudukan dua kali.

Tetapi Emery kagum dengan cara pasukannya bangkit dari dua gol penyamaan itu.

“Reaksi pemain selepas gol (penyamaan) itu adalah penting. Ia adalah reaksi yang sangat bagus, kami tetap tenang,” kata Emery.

“Kami mengawal permainan sebanyak 70 peratus sepanjang 90 minit permainan.”

Aubameyang membuka jaringan tetapi Victor Camarasa mengikat kedudukan sebelum ShkodranMu­stafi meletakkan Arsenal kembali di hadapan tetapi sekali lagi Cardiff mengikat kedudukan menerusi gol Danny Ward sebelum Lacazette menjaring- kan gol kemenangan lewat.

Pada perlawanan lain, pengurus Manchester United, Jose Mourinho, mengabadik­an kemenangan 2- 0 pasukannya di Burnley kepada naib pengerusi eksekutif kelab, Ed Woodward ketika kelabnya kembali mencipta kemenangan di Turf Moor.

Mourinho juga berkata Marcus Rashford masih mentah selepas dilayangka­n kad merah, 10 minit selepas dimasukkan pada minit ke-60 ekoran perbalahan dengan Phil Bardsley.

Ketika itu, United sudah selesa di hadapan menerusi dua gol Romelu Lukaku dan mereka juga tidak resah dengan kegagalan Paul Pogba menyempurn­akan penalti.

Tetapi dengan situasi sukar di kelab baru-baru ini, kemenangan itu menceriaka­n semua pihak.

Sebelum sepak mula, penyokong kelab membayar satu ‘iklan terbang’ di mana pesawat membawa sepanduk bertulis ‘Ed Woodward, pakar kegagalan’.

Tuduhan – yang pernah ditujukan oleh Mourinho kepada bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger ketika beliau masih merupakan pengurus Chelsea – merujuk kepada kegagalan Woodward merealisas­ikan pembelian yang diharapkan Mourinho pada musim panas ini.

Tetapi ketika Mourinho memuji penyokong, yang tetap menyokong pasukan ketika tewas mengejut 0-3 kepada Tottenham Hotspur Ahad lepas, beliau juga menawarkan sokongan kepada Woodward.

“Semasa perlawanan, saya tidak melihat ke udara (iklan terbang), melainkan saya meminta orang itu membantu saya!” kata Mourinho dengan nada berseloroh.

“Saya tidak melihat pesawat itu tetapi Ed Woodward menang 2-0 hari ini.

“Saya fikir kami mula memenangi perlawanan kerana Old Trafford, selepas menentang Spurs. Kami tewas di tempat sendiri, jika penyokong memberi reaksi sebaliknya, pasukan hilang keyakinan, minggu ini tidak bagus dan pasukan merasai tekanannya.”

Lukaku membuka jaringan pada minit ke-26 dari satu umpanan Alexis Sanchez sebelum menambah jaringan dari umpanan Jesse Lingard.

Mourinho mendakwa Pogba akan terus menjadi pemain yang akan mengambil sepakan penalti walaupun pemain tengah itu gagal menyempurn­akan tendangan penaltinya untuk meletakkan United lebih selesa di hadapan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERJAH JARING: Lacazette (dua kanan) melepaskan rembatan mengatasi pemain pertahanan dan penjaga gol Cardiff sebelum menjaringk­an gol kemenangan Arsenal di Stadium Cardiff City, selatan Wales kelmarin.
— Gambar AFP TERJAH JARING: Lacazette (dua kanan) melepaskan rembatan mengatasi pemain pertahanan dan penjaga gol Cardiff sebelum menjaringk­an gol kemenangan Arsenal di Stadium Cardiff City, selatan Wales kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia