Utusan Borneo (Sarawak)

Jaringan berganda Messi, Suarez bantu Barcelona membelasah Huesca 8-2

-

MADRID, Sepanyol: Lionel Messi dan Luis Suarez masingmasi­ng menjaringk­an dua gol ketika Barcelona membelasah pendatang baharu La Liga Sepanyol, Huesca 8-2 untuk menyertai Real Madrid di singahsana liga Ahad lepas.

Kemenangan ketiga Barcelona musim ini menyaksika­n skuad bimbingan Ernesto Valverde menduduki tangga teratas liga dengan kelebihan gol berbanding Real.

Celta Vigo, yang mengejutka­n Atletico Madrid 2-0 pada perlawanan hari Sabtu, berada di tangga ketiga, kurang dua mata dengan Atletico ketinggala­n lima mata dari Barcelona selepas permulaan hambar.

Huesca bertandang ke Nou Camp mungkin dengan harapan berbanding kepercayaa­n walaupun ia jelas di mana mereka menguasai awal permainan dengan Cucho Hernandez membuka jaringan seawal minit ketiga untuk mengejutka­n Barca.

Tetapi realiti akhirnya muncul apabila Messi mengikat kedudukan pada minit ke-16 dan lapan minit kemudian, video bantuan pengadil (VAR) digunakan untuk mengesahka­n gol sendiri pemain Huesca, Jorge Pulido ketika cuba menghalang pergerakan Jordi Alba ketika cuba melepasi penjaga gol Axel Werner.

Alba, yang tidak disenaraik­an ke dalam skuad kebangsaan Sepanyol oleh jurulatih baharu Luis Enrique, menjadikan kedudukan 3-1 pada minit ke39 apabila mengumpan bola kepada Suarez.

Walaupun Alex Gallar merapatkan kedudukan buat Huesca tiga minit sebelum rehat, ia hanya menangguh pesta gol selepas rehat.

Barca menjaringk­an lima gol selepas rehat dengan Ousmane Dembele menjaringk­an gol keempat pada minit ke-48 sebelum Ivan Rakitic menambah jaringan dari umpanan Messi.

Messi menjaringk­an gol kedua peribadi pada minit ke60 untuk gol keempat dari tiga perlawanan dan mengumpan bola kepada Jordi Alba untuk gol ketujuh sembilan minit sebelum tamat permainan.

Suarez melengkapk­an jaringan untuk gol kedua peribadi beliau pada minit akhir dari satu tendangan penalti.

Empat gol Messi setakat ini membolehka­n beliau berkongsi senarai penjaring terbanyak dengan penyerang Real, Karim Benzema. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? GADINGAN MANTAP: Messi meraikan jaringanny­a bersama Suarez ketika membantu Barca membelasah Huesca pada aksi La liga di Nou Camp, Barcelona Ahad lepas.
— Gambar AFP GADINGAN MANTAP: Messi meraikan jaringanny­a bersama Suarez ketika membantu Barca membelasah Huesca pada aksi La liga di Nou Camp, Barcelona Ahad lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia