Utusan Borneo (Sarawak)

MHC akan kemukakan rayuan slot automatik Sukan Olimpik 2020

-

SEPANG: Malaysia akan mengemukak­an rayuan kepada Persekutua­n Hoki Antarabang­sa (FIH) supaya skuad hoki lelaki negara, yang muncul naib juara Sukan Asia 2018, memperoleh­i slot automatik ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Presiden Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal???? berkata pasukan naib juara Sukan Asia mesti diberi keutamaan untuk layak secara automatik selepas Jepun, selaku tuan rumah Sukan Olimpik, menjuarai temasya Sukan Asia 2018.

Pada final, Jepun mengalahka­n Malaysia 3- 1 menerusi penentuan penalti selepas kedudukan terikat 6-6 pada masa penuh perlawanan. India meraih pingat gangsa selepas mengalahka­n Pakistan 2-1

Mengikut peraturan FIH, juara Sukan Asia, selaku juara benua, diberi tiket automatik ke Sukan Olimpik,

Subahan berkata beliau sudah menyiapkan surat rayuan itu dan akan menyerahka­nnya kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FIH, Thierry Weil serta salinan akan diberikan kepada Presiden Persatuan Hoki Asia (AHF), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, dalam minggu ini.

Jelasnya, rayuan tersebut kemudianny­a perlu dibawa ke Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa (IOC) dan perlu mendapatka­n pengiktira­fan daripada Kongres FIH di New Delhi, Oktober ini.

“Kita akan cuba buat rayuan terlebih dahulu, pe- luangnya masih tidak pasti. Jika rayuan tidak diterima, kita akan beraksi dalam kejohanan kelayakan terakhir ke Sukan Olimpik tahun hadapan,” katanya kepada pemberita ketika menyambut ketibaan pasukan hoki lelaki negara dari Jakarta di sini semalam.

Beliau berkata bukan hanya Malaysia dalam keadaan tersebut malah pasukan hoki wanita India juga mengalami nasib sama apabila tewas 21 kepada Jepun pada final Sukan Asia tersebut.

Subahan berkata cadanganny berkenaan perkara itu disambut baik oleh pihak FIH namun pihak AHF pula tetap dengan pendirian setiap pasukan perlu mengikuti dasar-dasar yang telah ditetapkan.

Katanya, jika rayuan tersebut gagal, Malaysia akan beraksi pada kejohanan kelayakan ke Sukan Olimpik terakhir di Kuala Lumpur pada April depan.

Beliau berharap kesemua pemainnya tidak berputus asa dan tidak patah semangat untuk terus berjuang demi negara walaupun kini dilanda kekecewaan ekoran kekalahan kepada Jepun di Sukan Asia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia