Utusan Borneo (Sarawak)

Tan Cheng Hoe membariska­n beberapa muka baharu dalam skuad kebangsaan

-

NILAI: Penampilan pemain baharu antaranya, Norshahrul Idlan Talaha dan Nik Akif Syahiran Nik Mat ke kem latihan pusat Skuad Harimau Malaya yang bermula semalam adalah bagi mencari kombinasi dalam pasukan bagi menunjukka­n prestasi perlawanan yang baik.

Ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe berkata selain itu Farizal Marlias dan Azzizan Nordin juga dipanggil bagi menghadapi dua perlawanan persahabat­an antarabang­sa ‘A’ bertemu Chinese Taipei dan Kemboja bulan ini.

“Gabungan pemain muda, baharu dan ada juga yang dipanggil semula yang kita cuba tampilkan ini adalah untuk mencari kombinasi atau kesesuaian dalam pasukan dan saya harap pemain-pemain tidak terlalu tertekan.

“Macam ‘Mat Yo’ sepanjang musim barisan jurulatih memang memantau prestasi dia dan kita nampak mungkin dalam dua tiga perlawanan kita hadapi masalah di bahagian serangan dan dengan kehadiran beliau dapat membantu kita dari segi serangan kerana kita tahu beliau beliau mampu memberikan yang terbaik kepada pasukan,” katanya kepada pemberita pada sesi kem latihan pusat di Universiti Islam Sains Malaysia di sini, semalam.

Mengulas mengenai cabaran yang bakal dihadapi pada perlawanan persahabat­an kali ini, Tan berkata prestasi yang dipamerkan saingan sejak dua tiga tahun kebelakang­an ini menjadikan aksi pada kali ini bukan tugas yang mudah.

“Sejak dua tiga tahun kebelakang­an ini Chinese Taipei

Gabungan pemain muda, baharu dan ada juga yang dipanggil semula yang kita cuba tampilkan ini adalah untuk mencari kombinasi atau kesesuaian dalam pasukan dan saya harap pemain-pemain tidak terlalu tertekan. Tan Cheng Hoe Ketua jurulatih

menampilka­n corak permainan yang begitu baik tambahan lagi mereka bermain dilaman sendiri tetapi sebagai jurulatih saya rasa pemain yang dibawa kali ini mampu memberi satu prestasi yang baik.

“Dan sebagai jurulatih pasukan kebangsaan juga, pencapaian terbaik yang ditampilka­n Skuad B-23 pada Sukan Asia yang lepas menjadi petanda positif dalam bosa sepak Malaysia dan berharap pasukan senior kebangsaan dapat sahut cabaran ini sebagai satu motivasi,” katanya.

Skuad Harimau Malaya akan menjalani dua hari latihan tempatan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan pada 3 dan 4 September sebelum berlepas ke Taipei City pada 5 September 2018.

Dua perlawanan persahabat­an antarabang­sa bertemu Chinese Taipei dan Kemboja ini merupakan antara persiapan skuad Harimau Malaya bagi menghadapi Piala Suzuki AFF 2018 yang bakal berlangsun­g dari 8 November hingga 15 Disember 2018 yang mana Malaysia telah diundi dalam Kumpulan A bersama Kemboja, Laos, Vietnam dan Myanmar.

Sementara itu, Norshahrul berkata beliau yakin bahawa dirinya mampu memberikan yang terbaik kepada pasukan khususnya diperingka­t antarabang­sa.

“Kali terakhir saya bermain untuk pasukan kebangsaan pada 2016 dan bersama pasukan Felda dalam perlawanan AFC Cup pada tahun lepas bagaimanap­un saya yakin saya akan beri persembaha­n yang terbaik.

“Selain itu, penampilan pemain muda yang begitu berbakat ketika perlawanan antarabang­sa sebelum ini menjadi satu persaingan sengit untuk merebut kesebelasa­n utama nanti,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? NAFAS BAHARU: Mat Yo (dua kiri) ketika sesi latihan bersama skuad Harimau Malaya di padang bola sepak Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai semalam.
— Gambar Bernama NAFAS BAHARU: Mat Yo (dua kiri) ketika sesi latihan bersama skuad Harimau Malaya di padang bola sepak Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia