Utusan Borneo (Sarawak)

Hamilton pamer pemanduan cemerlang di Litar Monza, Itali

-

MONZA, Itali: Pendahulu keseluruha­n, Lewis Hamilton, mempamerka­n salah satu pemanduan cemerlang beliau Ahad lepas apabila mencemarka­n harapan pasukan tuan rumah, Ferrari apabila mencipta kemenangan kelima di Litar Monza untuk Grand Prix Itali.

Juara dunia itu mempamerka­n pemanduan sempurna dengan penjagaan tayar dan agresif untuk pasukan Mercedes, yang melepasi garisan penamat dengan kelebihan 8.7 saat di hadapan pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen, yang menduduki petak pertama perlumbaan dengan catatan satu pusingan paling pantas dalam sejarah Formula Satu (F1).

Kemenangan ke-68 Hamilton sepanjang kariernya dan yang keenam tahun ini membolehka­nnya menjarakka­n kedudukan di senarai teratas kategori pemandu dengan 30 mata dari pencabar terdekat, Sebastian Vettel, yang menamatkan perlumbaan di tempat keempat selepas terbabas pada pusingan pertama ekoran pelanggara­n dengan Hamilton ketika cuba memintas pada selekoh kedua.

Rakan sepasukan Hamilton, Valtteri Bottas, menduduki tempat ketiga sementara Max Verstappen dari Red Bull disahkan di tempat kelima selepas walaupun menamatkan perlumbaan di tempat ketiga selepas didenda kerana pelanggara­n dengan Bottas.

Kemenangan­Hamiltondi­Itali membolehka­n beliau berkongsi kemenangan dengan juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher di Monza tetapi kemenangan­nya tidak begitu popular di kalangan penyokong Itali.

“Saya mahu memuji Ferrari yang memberikan cabaran yang kuat kepada kami,” kata Hamilton.

“Saya mahu berterima kasih kepada anda di sini dan semua orang di tanahair – tanpa kepercayaa­n mereka, ia mungkin mustahil.

“Ada banyak perkara negatif tetapi ada banyak juga bendera British (peminatnya) hari ini. Mereka tahu siapa mereka. Di masa hadapan, saya hanya mengubah perkara negatif menjadi positif. Terima kasih kepada Vatteri juga! Kami tidak pernah mengalah.”

Raikkonen, yang jelas kecewa selepas mendahului perlumbaan dari awal, berkata: “Saya sudah cukup pantas tetapi malangnya tayar belakang kami hilang cengkaman dan ia menjadi perlumbaan yang sukar untuk saya (mempertaha­nkan pendahulua­n. Saya mencuba sedayaupay­a saya tetapi ia mustahil.”

Permulaan bermula dengan Raikkonen mendahului sehingga ke selekoh pertama dengan Hamilton cuba untuk memotong.

Tidak lama selepas itu, Ham- ilton memotong Vettel di selekoh kedua dan tersentak dengan apa yang berlaku, Hamilton cuba memotong kembali tetapi tayarnya melanggar dinding kereta Hamilton menyebabka­nnya terbabas.

Beliau kembali ke litar di kedudukan ke-18 sementara Hamilton terus mengejar Raikkonen. “Ia perbuatan bodoh,” kata Vettel. “Dia (Hamilton) mahu saya pergi ke mana?”

Kereta keselamata­n dimasukkan, membolehka­n Vettel memasuki pit untuk menukar sayap baharu keretanya dengan perlumbaan disambung semula selepas empat pasukan ketika pegawai perlumbaan mengumumka­n mereka tidak mengambil tindakan ke atas insiden melibatkan Vettel dengan mengisytih­arkan ia sebagai “insiden perlumbaan”.

Hamilton menunjukka­n komitmenny­adenganmem­intas Raikkonen tetapi pemandu dari Finland itu merampas kembali pendahulua­n, menyemarak­kan sorakan penonton.

Vettel memintas pemandu lain dan menjelang pusingan ke-20, beliau berada di kedudukan ketujuh apabila Raikkonen menukar tayar, memberikan Hamilton pendahulua­n.

Raikkonen kembali di hadapan apabila Hamilton menukar tayar tetapi Hamilton berjaya merapatkan jurang kedudukan dengan hanya 1.6 saat. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia