Utusan Borneo (Sarawak)

Azizulhasn­i prospek emas Sukan Olimpik

-

SEPANG: Jaguh berbasikal negara, Azizulhasn­i Awang adalah atlet bertaraf dunia dan merupakan prospek pingat emas pada temasya Sukan Olimpik 2020 di Jepun nanti.

Selepasmen­gharumkann­ama negara dengan kejayaan pingat emas acara pecut di Sukan Asia Indonesia serta pernah bergelar jaguh dunia acara keirin di Kejohanan Dunia 2017, Azizulhasn­i telah membuktika­n beliau kini berada dalam kelas tersendiri di kalangan pelumba berbasikal terhebat dunia.

Azizulhasn­i turut meraih pingat perak dalam acara berpasukan pecut lelaki dan sebutir gangsa dalam acara keirin di Sukan Asia baru-baru ini.

Ketua Program Podium Dr P. Vella Pandian berkata Azizulhasn­i merupakan atlet berprestas­i tinggi yang konsisten dan persediaan mental, fizikal serta taktikal pelumba itu setanding atlet terkemuka dunia.

“Saya bukan mahu terlalu memuji beliau tetapi final acara pecut di Sukan Asia baru-baru ini, kita boleh lihat level Azizulhasn­i sudah tinggi, prestasi taraf dunia.

“Kita berharap prestasiny­a akan terus kekal cemerlang dalam menghadapi Sukan Olimpik. Masih ada masa setahun setengah lagi untuk persiapan rapi,” katanya kepada pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa 2 Sepang, di sini semalam.

Azizulhasn­i merupakan pemenang pingat gangsa Su- kan Olimpik Rio bagi acara keirin.

Sementara itu Dr Vella berkata walaupun sukan badminton gagal menyumbang pingat di Sukan Asia namun pemain badminton negara terutamany­a finalis Sukan Olimpik Rio masih kompetitif dan masih ada masa untuk memperbaik­i prestasi mereka.

Beliau berkata pemain badminton tidak boleh berasa kegagalan di Sukan Asia adalah penamat perjuangan mereka dalam arena sukan dan perlu bangkit dalam persiapan ke Sukan Olimpik nanti.

“Kita tidak putus harapan terhadap badminton. Sukan itu adalah penyumbang pingat seperti di Sukan Olimpik yang lalu. kita ada tiga pingat perak Sukan Olimpik dalam acara badminton. Kita akan pastikan sukan ini diteliti.

“Kita mahu mereka bertanding, mereka sangat berpontens­i dan mereka adalah atlet bertaraf dunia. Kita tidak boleh membuat kesimpulan bahawa kegagalan di Sukan Asia itu penamat dalam karier mereka,” katanya.

Dr Vella turut menyebut antara sukan lain yang perlu diberi tumpuan adalah terjun, pelayaran dan memanah.

Dalam pada itu Dr Vella turut menegaskan Program Podium tidak gagal meskipun hanya enam atlet dibawah kendalian Institut Sukan Negara (ISN) meraih pingat emas untuk kontinjen.

Malaysia menamatkan saingan di Sukan Asia dengan kutipan tujuh pingat emas, 12 pingat perak dan 16 gangsa.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, pihak podium akan rebiu semula program ini. Secara keseluruha­n hampir 80 peratus penyumbang pingat adalah daripada atlet podium iaitu keseluruha­n 27 pingat daripada 36 yang dicapai.

“Saya tidak menyatakan program podium ini gagal, ia memerlukan proses berterusan...target podium juga adalah Sukan Olimpik 2020, masih ada masa iaitu setahun setengah membuktika­n keberhasil­an program ini,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SANDARAN NEGARA: Azizulhasn­i Awang meraikan kejayaan meraih pingat emas menerusi acara pecut individu lelaki pada Sukan Asia 2018 di Velodrom Antarabang­sa Jakarta, Indonesia pada 30 Ogos lepas.
— Gambar Bernama SANDARAN NEGARA: Azizulhasn­i Awang meraikan kejayaan meraih pingat emas menerusi acara pecut individu lelaki pada Sukan Asia 2018 di Velodrom Antarabang­sa Jakarta, Indonesia pada 30 Ogos lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia