Utusan Borneo (Sarawak)

300 hadiri perhimpuna­n keturunan Datuk Jenaton kali kelapan

-

SERAMAI 300 waris peneroka terawal Pulau Pinang Datuk Jenaton Raju Labu, dari Indonesia dan Semenanjun­g mengadakan perhimpuna­n Keluarga Datuk Jenaton buat kali kelapan di Alor Setar, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Keluarga Besar Datuk Jenaton Profesor Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata perhimpuna­n itu bertujuan mengeratka­n hubungan silaturahi­m selain dapat mengetahui pertalian hubungan persaudara­an antara anggota keluarga besar tersebut.

“Keturunan keluarga kami besar iaitu lebih 5,000 orang dan jika dicampur dengan pasangan dan anakanak kemungkina­n melebihi daripada 10,000 orang dan jumlah itu bukanlah di Malaysia sahaja, ia meliputi Singapura, Brunei, Indonesia dan Eropah.

“Sebab itu, kita adakan perhimpuna­n ini untuk bertemu antara satu sama lain dan ia penting untuk kita ketahui hubungan sesama sendiri. Tambahan pula, keluarga ini sudah sampai ke generasi yang ke-10 dan penting untuk anggota keluarga tahu mengenai salasilah keluarga terutamany­a generasi baru yang masih muda,” katanya kepada pemberita pada perhimpuna­n itu.

Beliau juga memaklumka­n perhimpuna­n keluarga Datuk Jenaton akan datang bakal diadakan di Batu Bara, Sumatera Utara, Indonesia pada 2020 bagi memastikan hubungan kekeluarga­an dapat terus dikekalkan terutamany­a dalam kalangan generasi muda keluarga itu.

“Anggota keluarga Datuk Jenaton ini sangat ramai dan mereka tinggal bertebaran merata tempat dan negara, jadi kami merancang perhimpuna­n akan datang dibuat di Indonesia. Sekali gus keluarga daripada Malaysia dapat mempelajar­i budaya dan kesenian dari keluarga Datuk Jenaton di sana.

“Menerusi perhimpuna­n ini, anggota keluarga dapat berkenalan antara satu sama lain. Walaupun jarak jauh memisahkan tetapi kita akan cuba dekatkan semula melalui perjumpaan seperti yang kita adakan ini,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Murad berkata di peringkat perancanga­n pihaknya bercadang untuk menubuhkan satu Yayasan Datuk Jenaton sebagai saluran bagi menganjurk­an perhimpuna­n di samping menggunaka­nnya untuk menjalanka­n penyelidik­an projek berkaitan warisan.

“Kita boleh gunakan yayasan ini untuk membuat kajian dan menerbitka­n buku. Ini kerana melalui pendidikan ia dapat memberi kesedaran kepada anak muda tentang kepentinga­n mengetahui asal usul keturunan serta salasilah keluarga bagi menanam identiti diri mereka,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ERATKAN SILATURAHI­M: Seramai 300 waris peneroka terawal Pulau Pinang Datuk Jenaton Raju Labu, dari Indonesia dan Semenanjun­g mengadakan perhimpuna­n Keluarga Datuk Jenaton buat kali kelapan.
— Gambar Bernama ERATKAN SILATURAHI­M: Seramai 300 waris peneroka terawal Pulau Pinang Datuk Jenaton Raju Labu, dari Indonesia dan Semenanjun­g mengadakan perhimpuna­n Keluarga Datuk Jenaton buat kali kelapan.
 ?? — Gambar Bernama ?? HADIR: Ahmad Murad (dua kanan) dan Puan Yang Kalsom Omar (dua kiri) bersama dua anggota keluarga dari Indonesia Yaser Hambali (kiri) dan Muhammad Yusof Morna yang hadir pada Perhimpuna­n Keluarga Dato’ Jenaton di sebuah hoteldekat Kulim baru-baru ini.
— Gambar Bernama HADIR: Ahmad Murad (dua kanan) dan Puan Yang Kalsom Omar (dua kiri) bersama dua anggota keluarga dari Indonesia Yaser Hambali (kiri) dan Muhammad Yusof Morna yang hadir pada Perhimpuna­n Keluarga Dato’ Jenaton di sebuah hoteldekat Kulim baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? PENGHARGAA­N: Ahmad Murad (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada anggota keluarga daripada Indonesia, Yaser yang hadir pada Perhimpuna­n Keluarga Dato’ Jenaton di sebuah hotel.
— Gambar Bernama PENGHARGAA­N: Ahmad Murad (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada anggota keluarga daripada Indonesia, Yaser yang hadir pada Perhimpuna­n Keluarga Dato’ Jenaton di sebuah hotel.
 ??  ?? AHMAD MURAD
AHMAD MURAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia