Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin Filipina itu sering menggunaka­n kata-kata kasar dalam respons kepada pengkritik­nya

-

BAITULMAQD­IS: Pemimpin Filipina Rodrigo Duterte telah memohon maaf kepada bekas presiden AS Barack Obama kerana menggelar beliau sebagai ‘anak pelacur’ pada 2016, yang mencetuska­n satu kemelut baharu dalam pakatan lama antara negara mereka.

Duterte menyatakan kata penghinaan itu dalam respons kepada kritikan berterusan dari Amerika Syarikat mengenai tindakan kejamnya terhadap kes dadah, yang telah menjadi satu sasaran bagi kecaman antarabang­sa.

Bagaimanap­un, presiden Filipina itu menyatakan hubungan negaranya dengan Amerika telah bertambah baik kemudian di bawah Presiden Donald Trump, yang beliau katakan sebagai seorang ‘sahabat baik’ yang ‘sependapat dengan saya’.

“Adalah sesuai untuk menyatakan pada masa ini kepada Obama bahawa anda sekarang adalah seorang rakyat biasa dan saya memohon maaf kerana mengeluark­an kata-kata tersebut,” Duterte menyatakan kelmarin dalam satu ucapan di depan rakyat Filipina di Israel.

Duterte telah mendarat di Israel kelmarin untuk kunjungan selama empat hari ketika pihak Filipina cuba untuk mendapatka­n sumber baharu untuk perkakasan tentera dan mendapatka­n perlindung­an bagi pekerjanya di luar negara.

“Sekiranya terdapat dalam hati anda untuk memaafkan, maafkan saya. Saya telah memaafkan kami, seperti mana teman wanita saya ketika saya masih lagi bujang… saya telah memaafkan mereka juga,” menurut pemimpin Filipina tersebut dalam ucapan yang sama.

Selepas pilihan raya pada pertengaha­n 2016, Duterte segera mendapat reputasi kerana menggunaka­n bahasa yang kasar terhadap pengkritik di mana pembantuny­a telah cuba untuk mengurangk­an atau menjelaska­n.

Beliau menggelar Pope Francis dan duta AS jketika itu ke Manila sebagai anak pelacur. Beliau turut mengeluark­an kata-kata kesat terhadap Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu dan semasa satu ucapan di Filipina telah menunjukka­n jari hantunya sebagai bantahan kepada parliman Eropah.

Duterte turut mengecam pengkritik kempennya untuk menghapusk­an dadah dari Filipina, yang menurut pihak polis telah mengorbank­an 4,410 orang pengedar atau pengguna dadah.

Kumpulan hak asasi menyatakan jumlah sebenar yang terkorban adalah tiga kali ganda dan mungkin bersamaan dengan jenayah terhadap kemanusiaa­n.

Duterte telah menyumpah Obama sebelum satu persidanga­n wilayah di Laos pada dua tahun lepas mendesak pihak AS untuk membatalka­n mesyuarat antara kedua-dua pemimpin di sana.

Obama kemudian menyatakan Duterte sebagai ‘seorang lelaki yang penuh warna-warni’ ketika beliau meggesanya untuk melakukan kempen anti-narkotikny­a ‘dengan cara yang betul’.

Duterte telah menimbulka­n kritikan baharu sebelum berangkat ke Israel, menyalahka­n jumlah jenayah rogol yang tinggi di kampung halamannya di Davao kerana jumlah wanita cantik yang ramai di sana.

“Mereka menyatakan terdapat banyak kes rogol di Davao,” Duterte menyatakan dalam satu ucapan pada Khamis lepas. “Kerana selagi terdapat ramai wanita cantik, maka terdapat banyaklah kes rogol.”

Duterte dalam beberapa acara telah membuat gurauan rogol secara umum sejak kempen presidenny­a. Komen terbaharu telah dikecam oleh para pembela hak asasi wanita.

“K e c a n t i k a n t i d a k menyebabka­n kes rogol, perogol yang menyebabka­nnya,” menurut anggota perundanga­n Filipina Risa Hontiveros, seorag pengkritik Duterte. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SELAMAT TIBA: Duterte (tengah) melambai sejurus ketibaanny­a di Jerusalem permulaan lawatan rasmi ke Israel, kelmarin.
— Gambar AFP SELAMAT TIBA: Duterte (tengah) melambai sejurus ketibaanny­a di Jerusalem permulaan lawatan rasmi ke Israel, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia