Utusan Borneo (Sarawak)

Pemohon suaka berdepan tuduhan membunuh ketika Chemnitz tegang

-

LANDAU IN DER PFALZ: Seorang pemohon suaka yang dituduh menikam bekas teman wanitanya berusia 15 tahun sehingga mati, berdepan dakwaan membunuh semalam ketika pihak haluan kanan Jerman memperting­katkan kempennya terhadap pendatang.

Keputusan di pekan barat Jerman itu sudah dijangkaka­n ketika bantahan antipendat­ang telah meletus di bandar timur Chemnitz mengenai kejadian tikaman maut terhadap seorang lelaki, dikatakan oleh seorang rakyat Syria dan rakyat Iraq.

Dikenali sebagai Abdul D., tertuduh dalam pembunuhan remaja itu mengaku kepada mahkamah telah menikam gadis tersebut di sebuah kedai ubat di pekan Kandel pada 27 Disember.

Pihak pendakwa raya mempercaya­i bahawa dia bertindak sebegitu kerana cemburu selepas gadis tersebut memutuskan hubungan dengannya.

Sekiranya disabitkan, Abdul D., yang mendakwa dia berasal dari Afghanista­n, berdepa dengan hukuman penjara sehingga 15 tahun.

Selain dari kerakyatan­nya, kecurigaan telah dibangkitk­an mengenai umurnya, yang menurutnya sebagai 15 tahun pada masa jenayah dilakukan.

Seorang pakar telah menganggar­kan usianya sebagai di antara 17 tahun enam bulan dan 20 tahun, bagaimanap­un, perbicaraa­n mahkamah dilakukan secara tertutup dan di bawah peraturan perundanga­n juvana.

Abdul D. telah tiba di Jerma pada April 2016 dan permohonan­nya bagi perlindung­an suaka telah ditolak pada Februari 2017 walaupun dia tidak segera dihantar pulang.

Kes ini adalah salah satu dalam satu ragkaian bagi jenayah berprofail tinggi dikatakan dilakukan oleh pemohon suaka yang menambahka­n kemarahan umum terhadap ketibaan baharu dan memberika tekanan terhadap Kaunselor Angela Merkel mengenai polisi pelarian liberal beliau.

Parti haluan kanan AfD telah mengerahka­n tunjuk perasaan tetap bagi pembunuhan di pekan kecil dengan populasi seramai hanya 9,000 orang, ketika ia cuba untuk meningkatk­an kempen antipendat­angnya.

Pada kemuncak bantahan, ribuan orang berarak di Kandel. Namun mereka kelihatan sebagai kehilangan arah.

Pada Sabtu lepas, satu tunjuk perasaan di pekan telah menarik 350 orang, menurut pihak polis tempatan.

Penduduk di pekan kecil yang kecewa dengan rali-rai haluan kanan turut berbaris sepanjang laluan tunjuk perasaan, membawa kain rentang bertulis “Hentikan membenci dan hasutan” atau “Kandel adalah penuh warna-warni, bukanya coklat” – merujuk kepada pakaian seragam Khaki pasukan Nazi, menurut kepada agensi berita negara DPA.

Perdana Menteri wilayah Rhineland-Palatinate Malu Dreyer telah menuduh pihak haluan kanan sebagai meneksploi­tasikan kematian remaja tersebut bagi kepentinga­n politik, menyatakan ia sebagai tidak “boleh diterima”.

”Ia adalah harapan bagi semua kita di maa sebaik sahaja perbicaraa­n itu tamat, kedamaian akan kembali ke Kandel,,” menurut beliau.

Di seluruh wilayah di Chemnitz, ketegangan turut menjadi semakin teruk bagi satu lagi kes tikaman..

Rali-rali pihak lawan di bandar timur pada Sabtu lepas menarik 11,000 orang, dengan penunjuk perasaan haluan kanan melebihi jumlah penunjuk perasaan lawan dengan seramai 8,000 berbanding 3,000 orang, menurut pihak polis.

Seramai 18 orang telah dilaporkan tercedera, menurut polis, dengan seorang Ahli Parliman Sosial Demokrat turut menyatakan bahawa pasukannya telah “diserang oleh pihak Nazi” ketika mereka menuju ke arah bas mereka.

Bantahan terhadap kehadiran lebih dari sejuta orang pemohon suaka sejak 2015 adalah sangat kuat di wilayah Saxony, di mana terletakny­a Chemnitz.

Bertindak secara terpaksa terhadap pemohonsua­ka, AfD telah mendapat sokongan kuat di negara ini, dan tinjauan mencadangk­an bahawa ia boleh bertindak untuk menjadi negeri kedua terbesar di Saxony dalam pilihan raya wilayah pada tahun depan.

Kelmarin, Menteri Luar Heiko Maas telah menggesa rakyat Jerman agar “bangkit dan membantah” menentang xenofobia.

“Semua kita perlu untuk menunjukka­n kepada dunia bahawa kita demokrat merupakan pihak majoriti dan pihak rasis adalah mioriti,” beliau memberitah­u Bild am Sonntag.

“Pihak majoriti yang berdiam diri harus bersuara lebih lantang.” — AFP

 ??  ?? ANGELA MERKEL
ANGELA MERKEL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia