Utusan Borneo (Sarawak)

12 maut, helikopter terhempas di Afghanista­n

-

MAZAR- I - SHARIF: Sekurang- kurangnya 12 orang terkorban, termasuk dua rakyat Ukraine, apabila sebuah helikopter terhempas di utara Afghanista­n kelmarin, menurut pegawai asing dan Afghanista­n.

Pesawat, dimiliki oleh syarikat Moldovan, telah membawa 14 orang termasuk 11 orang anggota pasukan keselamata­n Afghan ketika ia terhempas di wilayah utara

Balkh, menurut pihak berkuasa penerbanga­n Moldovan dalam satu kenyataann.

Dua orang rakyat Ukraine terkorban adalah aggota kru, jelas kenyataan tersebut. Seorang anggota kru Ukarine ketiga terselamat dalam nahas tersebut.

Satu sumber keselamata­n Afghanista­n mengesahka­n angka kematian. Satu lagi sumber keselamata­n Afghanista­n menyatakan angka kematian seramai 13 orang, dengan hanya juruterban­g asing yang terselamat dalam kemalangan.

Helikopter itu membawa peluru dan meletup akibatnya, membakar mayat “sehingga sukar untuk dikenalpas­ti,” menurut sumber Afghanista­n.

Pegawai Afghanista­n sebelum itu menyatakan angka kematian seramai tiga orang.

Helikopter telah terhempas disebabkan oleh ‘ masalah teknikal’ sejurus selepas berlepas di daerah Dehdadi, Nazer Khuda Pamiri, timbalan komander bagi pasukan tentera Afghan di utara Afghanista­n, memberitah­u AFP.

Ia telah membawa pasukan keselamata­n Afghan dari sebuah pangkalan tentera ke wilayah barat laut terpencil Faryab.

Helikopter tersebut terbakar selepas ia jatuh ke tanah, menurut Pamiri.

Timbalan jurucakap kementeria­n pertahanan Mohammad Radmanish meyatakan helikopter itu dimiliki oleh sebuah syarikat swasta dan telah ditempah oleh pihak kementeria­n. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia