Utusan Borneo (Sarawak)

Muzium Negara Brazil musnah dalam kebakaran

-

RIO DE JANEIRO: Satu kebakaran besar kelmarin telah memusnahka­n Muzium Negara di Rio de Janeiro, salah satu dari yang tertua di Brazil, dalam apa yang dikatakan oleh presiden negara sebagai satu kehilangan ‘tragik’ bagi ilmu pengetahua­n dan warisan.

Rakaman televisyen menunjukka­n banguan besar itu dimamah api di mana anggota bomba masih lagi mencuba untuk mengawalny­a, dengan kepulan asap mucul di ruang langit malam.

Walaupun kira- kira 20 buah pasukan bomba bergegas ke tempat kejadian selepas kebakaran berlaku sekitar jam 10.30 malam waktu tempatan, mereka masih lagi belum dapat memadamkan api yang telah membakar beratus-ratus buah bilik.

Muzium itu, terletak di bahagian utara negara, telah ditutip kepada orang awam ketika kebakara berlaku dan tiada kecederaan telah segera dilaporkan. Tiada terdapat sebarang maklumat mengenai punca kebakara.

Muzium telah ditubuhkan pada 1818 oleh Raja Joao VI dan dianggap sebagai permata bagi kebudayaan Brazil, menempatka­n lebih dari 20 juta barangan berharga.

“Ini merupaka satu hari yang tragik bagi Brazil,” Presiden Michel Temer menyatakan dalam satu kenyataan.

“Usaha dan penyelidik­an serta pengetahua­n selama dua ratus tahun telah musnah.”

Koleksi itu termasuk seni dan artifaks dari zama GrecoRoman dan Mesir, termasuk fosil mausia tertua yag ditemui di dalam sempadan Brazil sekarang, dikenali sebagai “Luzia.”

Timbalan pengarah muzium, Luiz Fernando Dias Duarte, telah menyuaraka­n “bantahan tegas dan kemarahan” ketika institusi berharga itu terbakar, menuduh pihak berkuasa Brazil bagi satu “kurang perhatia.”

Beliau menyatakan muzium, sebuah bekas istana yang pernah menjadi tempat tinggal rasmi untuk keluarga diraja, tidak pernah mendapat sokongan yang diperlukan.

Muzium Negara, yang dikaitka dengan Federal University of Rio de Janeiro, telah mengalami masalah pemotongan pembiayaan.

Ketika kebakaran berlaku, para penyelidik, profesor dan pelakar uiversiti telah menyuaraka­n gabungan rasa sedih dan marah terhadap sesuatu, dengan segelintir menyeru bagi tunjuk perasaan semalam di depan bangunan yang hagus terbakar.

Senator Lindbergh Faris dari Parti Buruh haluan kiri di negara ini menafikan kekurangan pembiayaan oleh institusi tersebut dan mempersala­hkan ia terhadap penguranga­n perbelanja­an yang diarahkan oleh kerajaan.

Kebakaran berlaku ketika kempen bagi pilihan raya presiden penting pada Oktober depan sedang dilakukan, salah satu dari pilihan raya Brazil yang paling tidak pasti sejak beberapa dekad. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MARAK: Polis melihat kebakaran yang menyelubun­gi Muzium Negara Brazil yang tertua di Rio de Janeiro, kelmarin.
— Gambar AFP MARAK: Polis melihat kebakaran yang menyelubun­gi Muzium Negara Brazil yang tertua di Rio de Janeiro, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia