Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Norway siasat kehilangan rakan pengasas WikiLeaks

-

OSLO: Kelmarin pihak polis Norway menyatakan mereka sedang menyiasat tentang kehilangan rakan pengasas WikiLeaks Julian Assange, Arjen Kamphuis, seorang pakar keselamata­n siber, yang dilihat kali terakhir di utara Norway.

“Kami telah memulakan satu siasatan,” jurucakap polis Tommy Bech memberitah­u AFP, sambil menambah bahawa setakat ini mereka tidak mempunyai sebarang petunjuk mengenai di mana rakyat Belanda itu berada.

“Pihak polis tidak akan membuat spekulasi mengenai apa yang mungkin telah berlaku kepada beliau,” menurut Bech.

WikiLeaks menyatakan dalam Twitter pada Sabtu lepas mengenai ‘kehilangan mengejut’ Kamphuis, menyatakan beliau telah hilang sejak 20 Ogos ketika beliau meninggalk­an hotelnya di pekan Bodo di utara Norway.

Ia menambah bahawa Kamphuis memiliki sekeping tiket untuk satu penerbanga­n berlepas pada 22 Ogos Trondheim, sebuah bandar terletak lebih 700 kilometer di selatam Bodo.

“Kereta api di antara keduaduany­a mengambil masa (kirakira) 10 jam,” mencadangk­an beliau hilang sama ada di Bodo, Trondheim atau dalam kereta api, menurut WikiLeaks, mencetuska­n beberapa teori konspirasi di dalam Twitter.

Assange telah bersembuny­i di kedutaan di London sejak 2012 dan diberikan per- lidungan suaka politik ketika beliau bimbang diekstradi­si ke Amerika Syarikat bagi berdepan perbicaraa­n mengenai penerbitan WikiLeaks bagi dokumen rahsia tentera AS dan kabel diplomatik 2010. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia