Utusan Borneo (Sarawak)

Perunding takaful mampu jana pendapatan lumayan Industri takaful tawar prospek kerjaya cerah, peluang membina perniagaan yang konsisten kepada yang menceburin­ya

-

KUALA LUMPUR: Graduan dan golongan profesiona­l di negara ini disaran berani menceburi bidang kerjaya sebagai perunding takaful kerana ia merupakan sebuah kerjaya yang boleh menjamin masa depan dan mampu menjana pendapatan yang lumayan.

Pengurus Agensi Usrah Associates, sebuah unit Takaful Ikhlas Bhd, Samian Senin berkata seorang perunding takaful mampu menjana pendapatan enam sehingga tujuh angka setahun.

Beliau berkata industri takaful hari ini menawar- kan prospek kerjaya yang cerah dan peluang membina perniagaan yang konsisten kepada mereka yang menceburin­ya.

“Kerjaya sebagai perunding takaful mampu memberikan kepuasan serta kebebasan kewangan tanpa batasan.

“Industri takaful ini ibarat ‘lombong emas moden’. Ia memerlukan modal yang sedikit, risiko yang rendah tetapi mampu memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di sini, baru-baru ini.

Samian adalah antara ejen- ejen cemerlang Takaful Ikhlas yang menerima pengiktira­fan pada Majlis Malam Anugerah Ejen 2018 Takaful Ikhlas Bhd yang diadakan bulan lepas.

Bercerita tentang rahsia kejayaan sebagai perunding takaful, Samian yang telah bersama Takaful Ikhlas selama 15 tahun berkata beliau sentiasa fokus dan memberikan komitmen yang tinggi dalam membina kerjayanya.

“Kita perlu mempunyai matlamat yang jelas iaitu dengan menetapkan apa matlamat yang hendak dicapai dalam tempoh masa pendek, sederhana dan jangka masa panjang,” katanya.

Mengulas tentang cabaran sebagai perunding takaful, menurut Samian cabaran sebenar bukan tentang menangani penolakan atau mencari pelanggan tetapi mengaktifk­an perunding takaful yang telah dilatih.

Katanya, sebagai pengurus beliau menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada setiap perunding takaful di bawah agensinya.

“Setiap seorang ( perunding) perlu berjumpa sekurang-kurang tiga orang prospek setiap hari,” katanya yang pernah menerima ‘ Anugerah Mega Agensi’ (AMA) lebih daripada lima kali termasuk tahun ini.

AMA merupakan anugerah tertinggi yang diberikan oleh Takaful Ikhlas kepada ketua agensi yang berjaya mengumpul jumlah caruman berkumpula­n tahun pertama terkumpul melebihi RM3 juta setahun.

Selain itu, Samian juga pernah memenangi pelbagai anugerah lain sepanjang bersama Takaful Ikhlas antaranya Anugerah Penghasila­n Teratas Kategori Pengurus Agensi Kumpulan (Anugerah Takaful Keluarga), Anugerah Penghasila­n Unit Langsung Teratas, Anugerah Million Ringgit Agency ( MRA), Anugerah Builders Club dan Anugerah Million Dollar Round Table (MDRT).

Seorang lagi ejen cemerlang, Saiful Akbal Tajul Mulok berkata kerjaya sebagai perunding takaful membolehka­n impiannya untuk memiliki rumah dan kereta idaman tercapai.

Ganjaran melancong ke luar negara kepada perunding takaful yang berjaya mencapai sasaran jualan tahunan turut membantu memenuhi impian pada yang suka melancong.

“Industri takaful akan terus meningkat dan tugas seorang perunding takaful adalah untuk memberikan penerangan kepada orang ramai tentang kepentinga­n memiliki polisi takaful.

“Dengan pendapatan sebagai perunding takaful saya mampu menyediaka­n simpanan untuk masa depan anak- anak. Malahan saya boleh memilih untuk bersara jika saya mahu,” katanya yang memenangi percutian ke Eropah sebagai pemenang kategori Mega Individu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia