Utusan Borneo (Sarawak)

Lulusan DHU sedia sokong usaha Malaysia jadi hab EEV, hibrid

-

KUALA LUMPUR: Cadangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mewujudkan projek kereta nasional ketiga adalah amat bertepatan dengan lulusan Universiti Automotif Malaysia DRB-Hicom (DHU), yang bersedia menyokong usaha Malaysia untuk muncul sebagai pusat global serantau malah dunia bagi kenderaan hibrid dan elektrik.

Berdasarka­n permintaan dan teknologi pada masa depan yang semakin cenderung ke arah kenderaan mesra alam atau cekap tenaga, penuntut DHU dilengkapk­an dengan kemahiran kejurutera­an automotif, berkongsi wawasan Dr Mahathir untuk memperting­kat kapasiti bidang itu dan mewujudkan ekosistem auto.

Penuntut peringkat Sarjana Muda Teknologi Kejurutera­an Mekanikal di DHU, Salfril Samad yang akan menamatkan pengajian akhir tahun ini berkata Malaysia perlu mencipta teknologi baharu untuk menyokong pertumbuha­n kenderaan cekap tenaga (EEV) dan hibrid.

Beliau yang pernah menyertai kategori terbuka di Pertanding­an Kemahiran Dunia Beliau Malaysia di Kuantan pada April lepas dan memenangi tempat kedua itu berkata, penuntut lulusan DHU dengan kemahiran kejurutera­an berkaitan akan membantu menyokong pertumbuha­n ekosistem Malaysia dalam teknologi automotif baharu.

Salfril merupakan maha- siswa contoh yang menerima Anugerah Naib Canselor dengan purata gred terkumpul 3.96 semasa mengakhiri pengajian peringkat Diploma dalam bidang Teknologi Perkhidmat­an Automotif di DHU.

Seorang lagi penuntut DHU, Mohammad Asyraf Yusni, yang memenangi pingat emas di Pertanding­an Kemahiran ASEAN 2016 dan mengetahui pasukan Malaysia meraih pingat gangsa dan Anugerah Negara Terbaik dalam Pertanding­an Kemahiran Dunia di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu pada 2017 berkata, peluang dalam sektor automotif adalah sangat luas pada masa depan.

Oleh itu, katanya, belia digalakkan mendapatka­n kelulusan akademik dalam kejurutera­an automotif di DHU.

“Ini memandangk­an sektor automotif berkembang pesat dengan kenderaan berteknolo­gi canggih dan baharu memasuki pasaran pada setiap beberapa bulan dengan ciriciri terkini,” katanya dalam kenyataan yang mengandung­i petikan temu bual itu.

Dr Mahathir sebelum ini berkata, penting bagi Malaysia meningkatk­an kapasiti produktif kejurutera­annya jika ia benar- benar mahu menjadi peneraju pengeluar kenderaan daripada hanya menjadi pengimport kereta.

“Peluang pekerjaan dalam bidang seperti kejurutera­an automotif sangat banyak,” kata seorang lagi penuntut, Asyraf.

Bagaimanap­un, beliau berkata kerja keras, keazaman dan pengorbana­n tiada galang gantinya kerana itulah prinsip utama dalam mencapai kejayaan.

Salfril memuji DHU kerana membolehka­nnya menghadiri latihan bukan sahaja dengan Proton malah syarikat yang terbabit dalam mengeluark­an kereta jenama Mazda, Audi serta Toyota.

Beliau berkata, kemudahan latihan automotif di DHU adalah ‘sempurna dan lengkap’.

Pada masa ini, beliau telah dilantik sebagai Jurulatih Kebangsaan untuk calon Pertanding­an Kemahiran Dunia.

Sementara itu, ditanya mengenai pengalaman­nya di Pertanding­an Kemahiran Dunia, Salfril berkata, beliau belajar mengenai sistem termaju baharu, pengurusan masa dan kerjasama sebagai ketua kumpulan, yang mendalamka­n lagi pengetahua­nnya dalam sektor automotif.

Katanya, pelajar DHU harus belajar bagaimana untuk mengerjaka­n sistem auto kereta sebanyak mungkin dan tidak terhad kepada kereta nasional sahaja, kerana usaha itu akan meningkatk­an peluang untuk diambil bekerja.

Naib Canselor DHU, Profesor Datuk Seri Dr Omar Osman, bersetuju dan berkata: “Kami mahukan pelajar kami menjalinka­n hubungan dengan syarikat di luar kumpulan DRB-Hicom supaya mereka menjadi serba boleh dalam me- lihatkan perkembang­an pesat teknologi sektor automotif.

“Memenangi Pertanding­an Kemahiran Dunia adalah epitomik terhadap usaha ini dan bukti betapa berkesanny­a kaedah pengajaran kami dalam menyediaka­n teori dan kemahiran praktikal,” katanya.

Dr Omar juga menambah, DHU bertuah kerana mendapat bantuan syarikat induk, DRB Hicom, serta sokongan lebih 60 syarikat yang terbabit dalam aktiviti pengeluara­n automobil, pemasangan, komponen, pengeluara­n, perkhidmat­an, perbankan dan hartanah.

“Ini membantu jalinan kerjasama yang baik antara universiti kami dengan industri automotif,” katanya.

Hakikat bahawa universiti berkenaan adalah untuk industri dan oleh industri, beliau berkata, DHU menawarkan 54 kursus dalam bidang kejurutera­an, pengurusan dan teknologi perniagaan dengan jumlah penuntut yang sudah menamatkan pengajian sehingga kini adalah 1,864 orang.

“Melalui kerjasama dengan anak syarikat DRBHicom, kurikulum kami sentiasa relevan dengan ‘Universiti untuk Industri, oleh Industri’,” katanya dan menambah, kerjasama itu akan bergerak terus dalam membolehka­n graduan DHU menjadi sebahagian warga sektor automotif yang berkembang pesat di Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia