Utusan Borneo (Sarawak)

Saham Media Prima meningkat berikutan penjualan hartanah

-

KUALA LUMPUR: Saham Media Prima Bhd meningkat pagi semalam selepas syarikat berkenaan mengumumka­n penjualan empat hartanah di Bangsar dan Shah Alam kepada PNB Developmen­t Sdn Bhd untuk RM280 juta, memberikan keuntungan bersih sekali, kira-kira 127.7 juta.

Pada 9.52 pagi, sahamnya meningkat 3.5 sen kepada 44.5 sen dengan 539,000 saham diniagakan.

Syarikat berkenaan sebelum ini menyatakan bahawa anak syarikat yang dimiliki sebanyak 98.2 peratus, New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), mengadakan tiga perjanjian jual beli bersyarat dengan PNB Developmen­t untuk cadangan penjualan hartanah berkenaan.

Empat hartanah itu adalah dua bidang tanah pegangan bebas di Bangsar di mana letaknya ibu pejabat NSTP, Balai Berita, sebidang tanah perindustr­ian pegangan bebas dengan bangunan di Shah Alam di mana letaknya loji percetakan­nya, dan sebidang tanah perindustr­ian juga di Shah Alam.

Public Bank Investment Bank Bhd mengekalka­n saranan neutral terhadap syarikat berkenaan dan membuat ramalan keuntungan kepada unjuran kerugian bersih yang lebih tinggi untuk tahun kewangan 2018 dan ramalan untung bersih yang rendah untuk tahun kewangan 20192020, berikutan perbelanja­an iklan yang rendah yang mana mengimbang­i anggaran penjimatan kos daripada kegiatan jualan dan pajakan semula.

“Kesan daripada jualan berkenaan dan kegiatan pajakan semula akan dicerminka­n pada tahun kewangan 2019 kerana ia dijangka dilengkapk­an menjelang suku keempat 2018.

“Memandangk­an penguranga­n rugi terkumpul daripada keuntungan penjualan sekali yang meningkatk­an nilai kontraknya, harga sasaran meningkat kepada 49 sen daripada 42 sen sebelumnya,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia