Utusan Borneo (Sarawak)

Banyak didorong persekitar­an sifar GST sebelum pelaksanaa­n SST

-

KUALA LUMPUR: Pembuat kereta nasional, Proton Holdings Bhd, menjual 9,501 kereta pada Ogos, angka jualan tertinggi dalam tempoh 36 bulan, sebahagian besarnya didorong oleh persekitar­an sifar Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) sebelum pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST).

Jualan Ogos mengatasi jualan pada Julai sebanyak 11.7 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Abdul Rashid Musa, berkata jualan yang kukuh juga disumbangk­an oleh kempen pemasaran agresif syarikat itu, cabang jualan Protonm, yang meminta rakyat Malaysia supaya memanfaatk­an sifar cukai itu yang merupakan peluang sekali sahaja dalam hidup mereka.

“Jumlah jualan yang kukuh ini menunjukka­n peningkata­n keyakinan orang ramai terhadap jenama itu dengan lebih ramai memilih Proton berdasarka­n pakej keseluruha­nnya yang menarik,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata seperti tujuh bulan sebelumnya, Saga terus meneraju jualan dengan 4,174 pendaftara­n pada Ogos, diikuti Persona (2,957 pendaftara­n).

Beliau berkata model lain turut mendapat permintaan kukuh, didorong oleh pembeli yang mahukan kereta baharu sebelum akhir bulan.

Abdul Rashid berkata sejajar dengan kenaikan jumlah jualan, Proton dianggarka­n menyumbang 15.4 peratus daripada jumlah keluaran (TIV) pada Ogos.

“Pelan pemulihan kami berada pada kedudukan yang tepat, dan menjadi tanggungja­wab kami untuk memastikan pelanggan baharu ini kekal dengan meningkatk­an tahap perkhidmat­an kepada pelanggan,” katanya.

Sementara itu, Abdul Rashid berkata Proton akan menyerap caj SST untuk semua model pada bulan September, memastikan pembeli masih boleh mendapat manfaat daripada harga bebas cukai.

“Ini akan memberi manfaat kepada mereka (pembeli) semasa tempoh peralihan ini dan membantu Proton mengekalka­n momentum jualannya,” katanya.

Beliau berkata selain menyerap SST untuk semua model pada bulan September, Proton juga akan meraikan Hari Merdeka dan Hari Malaysia dengan menawarkan diskaun antara RM500 dan RM1,000 bagi Saga, Iriz dan Persona.

“Proton Ertiga Xtra yang baru dilancarka­n, dengan pelapik kerusi baharu dan unit kepala skrin sentuh baharu, akan ditawarkan pada harga RM2,000 kurang daripada harga senarai,” katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia