Utusan Borneo (Sarawak)

IGEM 2018 sasar RM2.5 bilion dalam usaha perniagaan

-

KUALA LUMPUR: Persidanga­n dan Pameran Produk Antarabang­sa Greentech dan Produk Eko malaysia (IGEM) 2018 menyasarka­n RM2.5 bilion dalam usaha perniagaan menerusi penyertaan lebih 250 pempamer dengan 30,000 pengunjung dari lebih 35 negara.

IGEM 2018 yang akan berlangsun­g dari 17 hingga 20 Okt di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu menumpukan bandar raya lestari dengan penekakan kepada inovasi dalam lima sektor utama teknologi hijau – tenaga boleh diperbahar­u, kecekapan tenaga, teknologi dan pengurusan sisa serta pengilanga­n hijau.

Dalam kenyataan semalam, penganjur acara, Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia (GreenTech Malaysia) berkata IGEM 2018 akan me- nampilkan program padanan perniagaan, dengan sokongan daripada pelbagai agensi seperti Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia, Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia dan Majlis Pensijilan Kayu Malaysia.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Yeo Bee Yin berkata IGEM telah diiktiraf sebagai acara perdaganga­n terbesar bagi penyelesai­an teknologi hijau dan eko terbesar di Asia Tenggara.

“Platform unggul untuk penyedia penyelesai­an dan perniagaan tenaga hijau ini telah menyediaka­n peluang yang berpotensi tinggi kepada pasaran ASEAN yang berkembang pesat dengan mempamerka­n inovasi baharu jenama IGEM kepada pembuat dasar, pelabur or- ganisasi kerajaan dan pasaran massa,” katanya dalam kenyataan itu.

Penganjura­n IGEM edisi kelapan pada 2017 telah menjana lebih RM9 bilion dalam perniagaan dan menarik lebih 34,000 pengunjung dari 38 negara, termasuk delegasi, orang kenamaan dan syarikat dari China, Jepun, Korea Selatan, Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan negara anggota ASEAN.

IGEM, anjuran Kementeria­n Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) menerusi GreenTech Malaysia, adalah platform perniagaan teknologi dan inovasi hijau terbesar di rantau ini yang berkemampu­an menarik para peserta utama industri dari seluruh dunia untuk mempamerka­n penemuan terbaharu mereka.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia