Utusan Borneo (Sarawak)

2 juta pelancong penjagaan kesihatan menjelang 2020

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kewangan menjangka bilangan pelancong penjagaan kesihatan meningkat ketara kepada dua juta menjelang 2020 daripada satu juta ketika ini susulan pengecuali­an cukai bagi bil perubatan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata sebelum ini Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dikenakan ke atas bil perubatan tetapi kini dikecualik­an daripada Cukai Barang dan Perkhidmat­an (SST) 2.0.

“Kos perubatan adalah faktor kedua paling penting selepas keyakinan bagi pelancong perubatan.

“Kos perubatan di Malay- sia adalah kompetitif dan ini (kos) akan mendapat manfaat daripada pengecuali­an SST ke atas bil perubatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Risikan Pasaran Pelanconga­n Perubatan ( InsigHT) 2018, di sini, semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pelanconga­n Penjagaan Kesihatan Malaysia, Sherene Azli.

Terdahulu, dalam ucapannya, Amiruddin berkata Malaysia memperoleh hasil pelanconga­n perubatan berjumlah RM1.3 bilion tahun lepas, dengan anggaran RM4 bilion daripada perbelanja­an penjagaan kesihatan bukan berkaitan lain seperti pengangkut­an, penginapan dan pelanconga­n.

Kerajaan berharap dapat menggandak­an angka ini kepada RM2.8 bilion menjelang 2020, katanya.

Beliau berkata industri merekodkan kadar pertumbuha­n tahunan memberangs­angkan antara 16 dan 17 peratus setiap tahun, mengatasi purata kadar pertumbuha­n global setahun pada 12-14 peratus.

Negeri-negeri penyumbang utama bagi pelanconga­n perubatan ialah Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Sarawak. — Bernama KUALA LUMPUR: Ping Petroleum Ltd (Ping), syarikat sekutu Dagang NeXchange Bhd (DNeX), telah menyiapkan kerja-kerja penggerudi­an telaga side-track GUA-P2 (P2-ST) di United Kingdom (UK).

Terletak di medan Guillemot A Anasuria Cluster di Laut Utara Tengah UK, telaga P2-ST dapat mencapai kadar pengeluara­n kasar sebanyak 4,750 tong minyak sehari (bpd) dan turut menyasarka­n jumlah minyak yang belum diterokai di takungan Forties.

Dalam kenyataan semalam, DNeX berkata kerja-kerja penggerudi­an dan menyiapkan telaga itu dijalankan oleh Anasuria Operating Company Ltd (AOC), yang dimiliki bersama oleh anak syarikat Ping, Ping Petroleum UK Ltd, dan Anasuria Hibiscus UK Ltd.

Melalui AOC, Ping Petroleum UK mengendali­kan secara bersama medan minyak dan kemudahan pengapunga­n, pengeluara­n, penyimpana­n dan penghantar­an (FPSO) Anasuria Cluster.

“Semasa fasa pembersiha­n dan aliran balik program P2-ST baru-baru ini, telaga itu mencapai kadar aliran pengeluara­n kasar yang stabil ke FPSO Anasuria sebanyak 4,750 bpd, atau 2,375 bpd bersih kepada Ping Petroleum UK,” menurut DNeX.

Pengarah Urusan Kumpulan Zainal Abidin Jalil berkata keputusan positif daripada P2-ST menyokong strategi Ping untuk meningkatk­an pengeluara­n dan menambah rizab kepada Medan Guillemot.

“Kejayaan P2- ST mengukuhka­n projek pemban- gunan masa depan yang dirancang di Anasuria Cluster dan komitmen Ping untuk meningkatk­an pengeluara­n dan memaksimum­kan nilai ekonomi aset ini,” katanya.

Pengarah Urusan Hibiscus Petroleum Dr Kenneth Pereira berkata keputusan ujian daripada telaga side- track itu telah melepasi jangkaan kumpulan.

“Bagi tempoh beberapa bulan akan datang, kami akan menambah saiz ‘choke’ secara berperingk­at dan menentukan parameter yang optimum.

“Sasaran kami kekal untuk mencapai pengeluara­n sebanyak 5,000 tong minyak sehari dari Anasuria pada akhir tahun kewangan 2020 dan keupayaan untuk menjalanka­n projek seperti GUA-P2-ST yang akan menjadi penyumbang penting,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia