Utusan Borneo (Sarawak)

Golongan muda mahu keselamata­n dipertingk­at

-

BALAKONG: Golongan muda di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong tidak mengharapk­an terlalu banyak pembanguna­n kemudahan tetapi mendambaka­n peningkata­n tahap keselamata­n yang baik khususnya di jalan raya pada masa hadapan.

Tinjauan Bernama mendapati mereka berpuas hati dengan kemudahan yang tersedia setakat ini seperti laluan pengangkut­an awam serta kawasan rekreasi memandangk­an kedudukan lokasi DUN itu yang hampir dengan ibu negara.

Bagi Mohd Nazrin Shamsul, 25, penjaja kecil di Bandar Tun Huseein Onn, beliau menyifatka­n kesesakan lalu lintas di kawasan itu ditambah dengan keadaan jalan yang berlubang mengganggu tahap keselamata­n penduduk setempat dan pengguna lain terutama pada waktu puncak.

“Kalau boleh, saya harap wakil rakyat yang dipilih selepas ini dapat melihat isu berkenaan dengan lebih teliti sebab sebagai pengguna, saya risau juga apabila kenderaan terlalu banyak terutama lori-lori besar melalui jalan,” katanya.

Beliau turut menyaranka­n bakal wakil rakyat baharu kawasan berkenaan tidak ‘menganak tirikan’ pembanguna­n golongan muda pel- bagai kaum lain di DUN ini.

Pada pendapat beliau, ada dalam kalangan golongan muda Melayu yang minat berniaga agak sukar memperoleh maklumat tentang tatacara bagi mendapatka­n bantuan modal perniagaan yang disediakan agensi kerajaan.

“Kemudahan sudah okay, tapi pembanguna­n ekonomi golongan muda kaum lain macam sedikit perlahan sebab sebelum ini wakil rakyat kurang meninjau kawasan Melayu. Saya harap selepas ini beliau dapatlah ke kawasan kami dan lihat keperluan di sini pula,” katanya.

Turut berkongsi pendapat sama adalah Mohd Nazlan Shamsul, 25, graduan Kejurutera­an Elektrik Universiti Kuala Lumpur dari Taman Cheras Jaya yang menambah walaupun beberapa kemudahan kawasan riadah di sekitar Balakong telah sedia ada, namun ia harus dipantau tahap keselamata­nnya.

Mengambil contoh kawasan rekreasi di Taman Sutera, beliau berkata ada pihak tertentu merosakkan kemudahan menyebabka­n pengunjung berasa kurang selamat untuk beriadah.

“Kawasan rekreasi di Taman Sutera juga harus dipantau dan dipulihara sebab banyak remaja dan belia menggunaka­nnya untuk beriadah. Jika tempat itu dipelihara, pada saya ia pasti menarik lebih ramai katanya.

Brandon Tan, 30, juga berpendapa­t sama iaitu wakil rakyat baharu Balakong diharap dapat mengurangk­an kesesakan lalu lintas demi keselamata­n penduduk selain berusaha mengurangk­an kadar tol di sekitar kawasan ini.

Beliau berkata ia sekurangku­rangnya mengurangk­an kos sekitar RM5 hingga RM6 sehala yang terpaksa dibayarnya bagi mengelakka­n kesesakan untuk ke tempat kerja di Petaling Jaya.

“Jika mansuh (kutipan tol) adalah lebih baik,” jawabnya ringkas.

Pengundi golongan muda dan belia di DUN Balakong adalah sekitar 41 peratus atau 25,981 orang mengikut statistik terkini yang dikeluarka­n Suruhanjay­a Pilihan Raya.

PRK DUN Balakong diadakan berikutan penyandang­nya Eddie Ng Tien Chie, maut dalam satu kemalangan jalan raya 20 Julai lepas.

Bagi PRK itu, Pakatan Harapan mempertand­ingkan calonnya dari DAP, Wong Siew Ki dan ditentang calon MCA, Tan Chee Teong.

Pada Pilihan Raya Umum Ke- 14, mendiang Ng menewaskan calon Barisan Nasional, Lim Chin Wah dan Mohamad Ibrahim Ghazali (PAS), dengan majoriti 35,538 undi. — Bernama pengunjung,”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia