Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada aduan kenaikan harga barang di Perak berikutan pelaksanaa­n SST

-

IPOH: Tiada aduan kenaikan harga barang diterima pihak Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Perak sejak pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) bermula 1 Sept lepas, setakat ini.

Pengarah KPDNHEP Perak Saifulliza­n Kamarul Zaman berkata pihaknya telah mengadakan pemeriksaa­n ke atas 150 premis dengan 4,500 jumlah barangan sehingga kelmarin.

“Sejak Sabtu lepas hingga semalam ( kelmarin), kita telah mengeluark­an 150 notis terhadap 150 premis itu sebagai peringatan dan amaran kepada semua rantaian perniagaan supaya tidak menaikkan harga,” katanya.

Beliu berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan pemeriksaa­n pelaksanaa­n SST di sebuah hotel yang turut disertai Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak di sini, semalam.

Selain hotel itu, pihak KPDNHEP, Kastam dan MBI turut mengadakan pemantauan di sebuah kilang sarung tangan di Tasek di sini.

Saifulliza­n berkata seramai 213 pegawai penguatkua­sa dan 80 pegawai pemantau harga KPDNHEP Perak telah menjalanka­n pemeriksaa­n berhubung kedudukan harga barang dan perkhidmat­an.

Katanya KPDNHEP Perak turut membuka bilik gerakan di setiap cawangan di seluruh negeri yang beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 10 malam dan orang ramai yang mempunyai aduan boleh menghubung­i talian bebas tol 1-800-886-800.

“Operasi ini dibuat secara berterusan dan sekiranya ada masalah berhubung kenaikan harga atau apa-apa, orang ramai boleh menghubung­i atau menggunaka­n pelbagai saluran yang disediakan pihak kami.

“Peniaga juga diingatkan agar tidak mengambil kesempatan terhadap perubahan sistem cukai ini dengan me- naikkan harga barang sesuka hati manakala pengguna diingatkan untuk membuat pilihan bijak,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya telah melaksanak­an gerak gempur Operasi Catut 5.0 di seluruh negeri melibatkan setiap rantaian perniagaan terdiri daripada sektor pengilanga­n/pengimport­an/pengedaran, pemboronga­n dan peruncitan untuk menangani kenaikan harga yang tidak berpatutan.

“Sejak 8 Ogos hingga 30 Ogos lepas, 960 premis dengan 23,610 jumlah barangan telah dikenakan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan (AKHAP) 2011 serta 16 notis di bawah Seksyen 53A,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PANTAU: Saifulliza­n (kiri) bersama Pengurus Besar Top Glove , Lee Shin Hwai (tiga kiri) ketika pemantauan Operasi Bersepadu pelaksanaa­n SST di Kilang Sarung Tangan Top Glovedekat Ipoh, semalam.
— Gambar Bernama PANTAU: Saifulliza­n (kiri) bersama Pengurus Besar Top Glove , Lee Shin Hwai (tiga kiri) ketika pemantauan Operasi Bersepadu pelaksanaa­n SST di Kilang Sarung Tangan Top Glovedekat Ipoh, semalam.
 ?? — Gambar Bernaam ?? BINCANG: Saifulliza­n (kiri) mengadakan perbincang­an dengan , Lee ketika pemantauan Operasi Bersepadu pelaksanaa­n SST.
— Gambar Bernaam BINCANG: Saifulliza­n (kiri) mengadakan perbincang­an dengan , Lee ketika pemantauan Operasi Bersepadu pelaksanaa­n SST.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia