Utusan Borneo (Sarawak)

Shamsul Iskandar yakin mampu pertahan kerusi Naib Presiden PKR

-

JEMPOL: Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang akan mempertaha­nkan kerusi Naib Presiden PKR pada pemilihan parti kali ini selesa disaingi dengan barisan muka lama dan baharu bagi jawatan itu.

Shamsul Iskandar yang juga merupakan Timbalan Menteri Sumber Utama berkata apa yang menjadi keutamaan ketika ini adalah bagaimana wajah atau identiti parti dapat dibawa dalam mendepani cabaran tuntutan rakyat untuk menguruska­n negara selepas menjadi kerajaan.

“Sekarang penyandang jawatan ini yang sekali lagi menawarkan perkhidmat­an mereka ialah Tian Chua dan Nurul Izzah manakala Zuraida Kamaruddin pula dahulunya seorang Ketua Wanita kali ini dia tawarkan diri bertanding Naib Presiden dan saya fikir ini bagus kalau dia berada di kelompok ini mewakili suara wanita kerana dia juga seorang yang vokal.

“Namun apa pun, setelah 20 tahun reformasi PKR perlu ada satu masa depan dan wawasan, kalau dahulu kita berjuang untuk jadi kerajaan dan sekarang kita sudah jadi kerajaan, jadi kita kena fikir wajah baharu kerana parti kita kini adalah kerajaan.

“Kita punyai tanggungja- wab untuk Laksanakan apa sahaja tanggungja­wab terhadap rakyat termasuk janji-janji yang telah diberikan, ia tidak boleh dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang kerana ia perlu dilakukan secara permuafaka­tan,” katanya kepada Bernama pada program Derma Darah anjuran Aktivis PKR JeMpol di sini, semalam.

Shamsul Iskandar bagaimanap­un optimis untuk memenangi jawatan itu susulan rekod yang dimilikiny­a sebelum ini.

“Insyallah sebab kalau sebelum ini kita punyai 20 calon saya terpilih di kelompok 4 dan berada di kedudukan nombor 3, justeru ini akan beri peluang kepada saya terutamany­a anggota parti yang kenali saya sejak zaman reformasi tahun 1998.

“Jadi ini kelebihan saya dan saya yakin anggota parti tahu perkara ini dan mereka maklum bahawa dalam struktur Naib Presiden mesti ada seorang dari latar belakang pemuda yang vokal dan agresif dan peranan ini boleh saya mainkan disamping peranan memperjuan­gkan isu berkaitan bumiputera dan Melayu,” katanya.

“Lagipun undian atas talian jadi agak sukar mana-mana pihak yang ingin mengatur undian,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia