Utusan Borneo (Sarawak)

Konflik pemilihan PKR tidak jejaskan kempen calon PH

-

PETALING JAYA: Konflik dalaman antara pemimpin tertinggi PKR menjelang pemilihan parti tahun ini tidak menjejaska­n jentera kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia.

Halimey Abu Bakar berkata sebaliknya, jentera kempen beliau semakin kukuh dan bersatu hati turun padang untuk memperheba­tkan aktiviti kempen demi memastikan kemenangan PH di kawasan DUN tersebut.

“Jentera kempen kita tidak terkesan dengan pertelingk­ahan yang berlaku, tetapi mereka ( jentera kempen) bek- erjasama melaksanak­an aktiviti,” katanya dalam sidang media hariannya di sini, semalam.

Bekas Anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu berdepan calon PAS Dr Halimah Ali dalam PRK tersebut yang diadakan susulan kematian penyandang kerusi DUN Seri Setia, Prof Dr Shaharuddi­n Badaruddin akibat kanser usus pada 2 Ogos lepas.

Halimey bagaimanap­un memilih untuk tidak mengulas lanjut berhubung perkara tersebut kerana tidak bertanding sebarang jawatan di peringkat cabang atau Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada pemilihan parti itu nanti.

Semalam, timbalan presi- den PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang selama ini memilih untuk berdiam diri akhirnya bersuara dan menempelak beberapa pihak, termasuk naib presiden PKR Rafizi Ramli, yang mempersoal­kan kesetiaann­ya terhadap parti.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu yang akan mempertaha­nkan jawatan timbalan presiden PKR bakal dicabar Rafizi pada pemilihan parti yang dijadualka­n berlangsun­g dari 14 Sept hingga 13 Okt depan, sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim menang tanpa bertanding kerusi presiden parti selepas tempoh pencalonan ditutup pada 5 Ogos lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia