Utusan Borneo (Sarawak)

Omar Mammah dilantik pemangku Pesuruhjay­a Polis Sabah

-

KOTA KINABALU: Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah, 58, dilantik sebagai pemangku Pesuruhjay­a Polis Sabah yang baharu berkuat kuasa semalam.

Beliau menggantik­an Datuk Ramli Din yang telah dilantik sebagai Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Penyelidik­an dan Pembanguna­n) Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas antara Ramli dan Omar berlangsun­g di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini semalam, disaksikan Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Seri Asri Yusoff.

Omar dalam ucapannya berjanji akan mengekalka­n legasi kepimpinan cemerlang Ramli sepanjang mengepalai kontinjen Negeri di Bawah Bayu itu.

“Sebagai pemangku Pesuruhjay­a Polis Sabah saya akan teruskan dasar-dasar kepimpinan yang telah digariskan oleh Ramli dan dalam kelaksanka­n kan tugas ini saya akan berpanduka­n prinsip yang telah ditetapkan.

“Oleh itu saya memerlukan kerjasama daripada semua semua pegawai kanan, anggota IPK Sabah serta ketua-ketua polis daerah dapat memainkan peranan masing-masing dalam meneruskan segala yang dirancang sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Ramli yakin Omar mampu menjalanka­n tugas dan tanggungja­wab dengan baik kerana mempunyai pengalaman yang banyak menganai polis Sabah.

“Beliau sebelum ini pernah memegang lima jawatan di IPK Sabah dan sudah tentu pengalaman itu beliau manfaatkan sebaik mungkin untuk memastikan polis Sabah terus maju ke hadapan,” katanya. — Bernama

 ??  ?? PARAH: Penunggang motosikal terbaring di atas jalan raya selepas kemalangan di Jalan Kuhara simpang Jalan Jabatan Haiwan di Tawau.
PARAH: Penunggang motosikal terbaring di atas jalan raya selepas kemalangan di Jalan Kuhara simpang Jalan Jabatan Haiwan di Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia