Utusan Borneo (Sarawak)

Menentang Lubnan penampilan terakhir Cahill bersama Australia

-

SYDNEY, Australia: Penjaring gol terbanyak Australia, Tim Cahill, akan membuat penampilan terakhir untuk negaranya, menurut pengumuman semalam selepas beliau mengumumka­n bersara dari bola sepak antarabang­sa selepas Piala Dunia 2018 di Rusia.

Cahill, yang menjaringk­an 50 gol dalam 107 penampilan, akan menyarung jersi Australia buat kali terakhir apabila menentang Lubnan di Sydney pada 20 November depan, supaya beliau boleh mengucapka­n selamat jalan kepada penonton.

“Sumbangan Tim kepada bola sepak dan bola sepak Australia khususnya sepanjang 14 tahun yang lalu adalah sangat besar,” kata Presiden Persekutua­n Bola Sepak Australia (FFA), David Gallop.

“Apabila Tim membuat keputusan untuk bersara dari bola sepak antarabang­sa, kami dengan pantas mula membincang­kan secara dalaman, dan bersama-sama beliau dan pasukan pengurusny­a tentang bagaimana kami boleh memberikan Tim satu perlawanan selamat jalan di Australia.”

Kali terakhir pemain berusia 38 tahun itu bermain untuk Australia ialah ketika dimasukkan dari bangku simpanan pada perlawanan terakhir pusingan pertama menentang Peru di Rusia.

Beliau berkata beliau terharu diberi peluang untuk bermain satu lagi perlawanan di tanahairny­a.

“Ia pastinya sangat hebat untuk mewakili negara saya buat kali terakhir dan saya tidak sabar untuk mengucapka­n terima kasih kepada penyokong yang telah menyokong sepanjang karier saya,” kata beliau.

Cahill memulakan karier antarabang­sa beliau bermain bersama Western Samoa, negara ibunya dan hanya bermain untuk Australia pada 2004 selepas satu lobi ke badan induk bola sepak dunia, FIFA.

Dua tahun kemudian di Jerman, beliau menjadi pemain Australia pertama menjaringk­an gol di Piala Dunia dan kemudian menjaringk­an dua lagi gol pada edisi 2010 dan 2014.

Cahill menghabisk­an 14 tahun bermain di England bersama kelab Millwall dan kelab elit Everton, di mana beliau menjaringk­an lebih 100 gol sebelum bermain di Amerika Syarikat dan China. Beliau baru-baru ini berpindah ke kelab Liga Perdana India, Jamshedpur.

Perlawanan persahabat­an menentang Lubnan adalah sebahagian dari persediaan Australia untuk mempertaha­nkan kejuaraan Piala Asia pada bulan Januari tahun hadapan dan jurulatih Graham Arnold berkata perlawanan itu dianggap serius walaupun jika ia juga perlawanan penghargaa­n buat Cahill. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia