Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad menembak tampil penembak terbaik

-

KUCHING: Skuad menembak Sarawak membariska­n penembak terbaik membawa cabaran negeri pada temasya Sukan Malaysia ( SUKMA XIX) Perak 2018 yang berlangsun­g di Pusat Menembak Amanjaya, Chepor pada 15 hingga 21 September ini.

Mereka terpilih telah menjalani latihan di Pusat Menembak Sarawak, Petra Jaya di sini sejak beberapa bulan lalu dalam misi memburu kilauan emas dalam acara tersebut.

Sarawak mengambil bahagian dalam acara individu dan berpasukan termasuk 25M Standard Pistol, 25M Sports Pistol, 10M Air Pistol, 10M Air Rifle, 50M Rifle Prone dan 50M Rifle 3 Position.

Antara penembak senior bersaing kali ini ialah pemenang emas acara 50M Rifle Prone lelaki dan gangsa 10M Air Rifle pada SUKMA 2016, David Teo.

Turut menjadi sandaran Sarawak trio penembak wanita menggondol gangsa dalam acara 10M Air Pistol berkumpula­n iaitu Delphine Chung Qi, Stephanie Sim dan Beatrice Thiedora Lises.

Selain David, penembak lelaki lain ialah Heffsaren Henry, Lim Hong Yang, Tedules Baron, Sim Dong Hao, Radzinki Mathew Ben Richardson Lises, Ahmad Hairul Nizam Ahmad Rodzli, Joseph Chai, Muhammad Nurzulfiqa­r Mohd Zulkifli, Ryan Chang, Alferon Bladae dan Denilson Felix Letar.

Sementara senarai lengkap atlet wanita ialah Stephanie Sim, Beatrice Thieadora Lises, Delphine Chung Qi, Siti Nurzulaikh­a Mohd Zulkifli, Arshielda Hanggi Auther Hardy, Florence Angelina Frederick, Selina Sim, Siti Nuraisya Mazlan, Evelyn Jihon Issac, Lim Yee Qi, Erica Heather Chai, Michell Rinyin dan Daphanie Adrienne Steven.

Penolong Chef-de-Mission (ACDM) untuk acara menembak ialah Sunny Si, pengurus pasukan, Neil Michael Parker dan jurulatih, Hwang Iknwo dari Korea Selatan.

Skuad menembak Sarawak bertolak ke Perak pada 13 September ini dan memulakan sesi latihan penyesuaia­n pada keesokanny­a.

 ??  ?? BERI SEMANGAT: Hwang (kanan) memberi kata-kata semangat kepada penembak Sarawak semasa latihan di Pusat Menembak Sarawak, Petra Jaya, Kuching.
BERI SEMANGAT: Hwang (kanan) memberi kata-kata semangat kepada penembak Sarawak semasa latihan di Pusat Menembak Sarawak, Petra Jaya, Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia