Utusan Borneo (Sarawak)

47 peratus belia tanggung hutang kad kredit tinggi

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 47 peratus belia Malaysia menanggung hutang kad kredit yang tinggi, manakala 38 peratus dikenal pasti membuat pinjaman peribadi, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Nazrul Hisyam Mohd Noh.

Nazrul Hisyam berkata pada 2017, lebih daripada 3,400 orang yang berusia antara 20 dan 30 tahun mendapatka­n kaunseling dan bantuan daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

“Saya cabar anda semua untuk lari daripada stereotaip generasi muda tidak celik kewangan dan tidak menyumbang kepada statistik ini,” katanya dalam ucapan semasa acara akhir pertanding­an #IDAREYOUCh­allenge 2017, di sini, kelmarin.

Pertanding­an #IDAREYOUCh­allenge, yang diadakan oleh Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dan Kementeria­n Pendidikan, memilih pembentang­an pemasaran dan video terbaik mengenai kepentinga­n insurans hayat daripada 10 finalis yang mewakili empat universiti.

Sementara itu, Presiden LIAM, Anusha Thavarajah berkata 56 peratus daripada rakyat Malaysia ketika ini memiliki perlindung­an insurans, dengan angka itu dijangka mencecah 75 peratus menjelang 2020.

Beliau berkata beberapa syarikat insurans telah melancarka­n skim ‘Perlindung­an Tenang’ yang menyasarka­n golongan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40) dengan bayaran sehingga serendah RM3.80 sen sebulan.

“Halangan utama kita adalah kurang kesedaran mengenai insurans dalam kalangan rakyat. Kami berharap dengan pertanding­an ini, lebih banyak kesedaran dapat diwujudkan terutamany­a dalam kalangan belia,” katanya.

Pertanding­an #IDAREYOUCh­allenge itu dimenangi oleh Lee Ming Chin daripada Universiti Malaya, yang membawa pulang hadiah utama wang tunai berjumlah RM15,000. Beliau juga memenangi anugerah video terbaik dengan hadiah bernilai RM2,000. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERI KESEDARAN: Nazrul ketika berucap acara akhir pertanding­an #IDAREYOUCh­allenge 2017 kelmarin.
— Gambar Bernama BERI KESEDARAN: Nazrul ketika berucap acara akhir pertanding­an #IDAREYOUCh­allenge 2017 kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia