Utusan Borneo (Sarawak)

REMPUHAN AWAL PAGI

-

SARIKEI: Dua pekerja sebuah stesen minyak di Jalan Repok di sini cedera selepas dirempuh sebuah kereta yang terbabas, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sarikei Superinten­den Awang Alfian Awang Bujang berkata, kemalangan berlaku sekitar jam 6.30 pagi ketika pemandu kereta terbabit datang dari arah pusat bandar.

“Ketika menghampir­i stesen minyak itu, tiba-tiba pemandu berkenaan tersalah tekan pedal minyak dan melanggar kereta di hadapannya,” katanya dalam kenyataan kepada media, semalam.

“Kereta tersebut kemudian terbabas ke dalam kawasan stesen minyak dan melanggar pam minyak.

“Pada masa sama, dua pekerja stesen minyak turut dirempuh menyebabka­n kedua-duanya cedera.”

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Suna Kaha berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 6.43 pagi.

“Sepasukan anggota bomba bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian.

“Seorang mangsa berusia 39 tahun cedera di bahagian kaki dan seorang lagi yang berusia 21 tahun cedera bahagian belakang dibawa oleh pihak ambulans ke Hospital Sarikei.

“Pemandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Kejadian itu juga menyebabka­n sebuah motosikal yang berada di pam minyak yang dilanggar turut mengalami kerosakan.

 ??  ?? IMPAK: Keadaan stesen minyak tersebut selepas salah satu pamnya dirempuh kereta pagi semalam.
IMPAK: Keadaan stesen minyak tersebut selepas salah satu pamnya dirempuh kereta pagi semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia