Utusan Borneo (Sarawak)

PELUANG BAWA PULANG KEJUARAAN

Abdul Karim berpuas hati dengan persiapan atlet Sarawak menghadapi temasya SUKMA di Perak

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berpuas hati dengan persiapan atlet negeri untuk menghadapi kempen SUKMA XIX Perak yang akan bermula 11 September ini.

Menurutnya, walaupun acara akan bermula enam hari sahaja lagi, beliau mendapati sebahagian atlet dan jurulatih masih membuat persiapan terperinci termasuk latihan untuk memastikan mereka menonjol semasa pertanding­an ndingan kelak.

Malah beliau eliau turut gembira melihat Chef- de- Mission ( CDM) Sarawak arawak Datuk Snowdan owdan Lawan bersama ersama para penolong olong C h e f - d e - M i s s i o n ( ACDM) yang turut b e k e r j a keras dan n m e m a i n - kan peranan an d a l a m m e m - buat pers i a p a n terakhir.

Yang pasti ti katanya, bukan an sekadar para atlet et yang bersemanga­t gat dan teruja untuk uk berada di Perak minggu depan tetapi rakyat Sarawak juga bersemanga­t menanti SU- KMA yang a akan datang. “I n i ker kerana ia satu l a g i pelu peluang kepada pem peminat untuk menyaksika­n atlet kita beraksi dan berharap mereka dapat membawa pulang gelaran kejuaraan keseluruha­n kali ini,” katanya semasa melawat sesi latihan skuad akuatik di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Petra Jaya semalam.

Menurutnya, kem kontinjen atlet yang akan diadakan dari 7 hingga 9 September ini membolehka­n atlet bertemu dengan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang turut ter- uja untuk melihat kontinjen negeri beraksi pada SUKMA kali ini.

“Adalah penting untuk terus bersemanga­t dengan prospek memenangi SUKMA tahun ini dan Insya-Allah, kita boleh melakukann­ya dengan sokongan dan komitmen yang mantap dari atlet, jurulatih dan pegawai dari semua persatuan sukan tempatan,” katanya.

“Seperti yang telah saya katakan sebelum ini, kita menyasarka­n 77 pingat emas dalam usaha kami untuk memenangi semula gelaran juara keseluruha­n SUKMA dan secara peribadi, saya yakin ia dapat dicapai dengan komitmen dan kesungguha­n ditunjukka­n oleh semua atlet dan jurulatih,” tambah beliau.

Beliau juga sekali lagi menekankan bahawa Sarawak bertekad untuk memenangi SUKMA tahun ini kerana banyak usaha, masa dan wang telah dilabur dalam persiapan dan latihan atlet.

“Atlet kita bertekad untuk memberikan hanya yang terbaik apabila bersaing dengan atlet lain di Perak. Saya amat berharap SUKMA di Perak berjalan dengan lancar dan kepada semua atlet kita, hanya kejayaan menjadi buruan semasa pertanding­an kelak,” katanya.

Hadir sama semasa lawatan ADUN Tasik Biru Dato Henry Harry Jinep.

Ini kerana ia satu lagi peluang kepada peminat untuk menyaksika­n atlet kita beraksi dan berharap mereka dapat membawa pulang gelaran kejuaraan keseluruha­n kali ini.

 ??  ??
 ??  ?? SUNTIK SU SEMANGAT: Abdul Karim sempat meluangkan masa bertemu atlet akuatik semasa lawatan ke Pusat Akuatik Pandelela Rinong sem malam. Turut kelihatan, Henry (kiri).
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah H Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan
SUNTIK SU SEMANGAT: Abdul Karim sempat meluangkan masa bertemu atlet akuatik semasa lawatan ke Pusat Akuatik Pandelela Rinong sem malam. Turut kelihatan, Henry (kiri). Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah H Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia