Utusan Borneo (Sarawak)

MEDIA PEROLEHI MAKLUMAT LANGSUNG DI LOJI SHELL MDS MALAYSIA

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

Sempena ulang tahun ke-25 Shell MDS Malaysia, beberapa wakil media telah diberi peluang melawat loji Shell MDS Malaysia di Bintulu, baru-baru ini. Rencana ini adalah bahagian pertama daripada tiga siri.

media mendapat pengalaman yang amat berguna apabila diberi peluang oleh Shell Middle Distillate Synthesis (Shell MDS) Malaysia Sdn Bhd melawat loji pemprosesa­n lilin gas ke cecair (GTL) SMDS di bahagian pemejalan dan pembungkus­an lilin di pusat industri Tanjung Kidurong, Bintulu pada 27 Ogos lalu.

Sesi lawatan ke loji Shell MDS itu adalah sempena sambutan ulang tahun ke-25 Shell MDS (Malaysia) dan lawatan itu bukan sahaja khusus untuk media di Bintulu bahkan melibatkan media yang berpangkal­an di Kuching.

Sebelum lawatan itu, wakil media diberi taklimat ringkas mengenai keselamata­n oleh pengurusan bahagian keselamata­n diikuti dengan taklimat operasi loji Shell MDS untuk pemprosesa­n GTL oleh Pengurus Besar Hubungan Luar Shell Malaysia Nimmi Kamal, Pengurus Kanan Kejurutera­an Jerry Kulai dan Pengurus Kesihatan, Keselamata­n, Kawalan dan Alam Sekitar (HSSE) Garnet Balangalib­un.

Seterusnya sesi lawatan diteruskan ke loji pemprosesa­n lilin dan beberapa produk lain, selain turut diadakan juga sesi perkongsia­n pengalaman kerja daripada lima kakitangan Shell MDS.

Beberapa pengamal media yang ditemui menjelaska­n bahawa lawatan itu adalah sesuatu yang positif dan bermanfaat dalam menambah ilmu pengetahua­n mereka serta memperluas­kan maklumat berkaitan operasi industri dan gas.

Wartawan See Hua Daily News Victor Tang Tze Peng berkata, lawatan itu amat berfaedah untuk pihak media yang selalunya mendengar nama Shell MDS tetapi tidak berkesempa­tan mengetahui produk sebenar yang dikeluarka­n oleh loji tersebut.

“Lawatan media merupakan satu peluang untuk memahami apa sebenarnya proses gas kepada cecair atau `’Gas To Liquid’ (GTL) dan lawatan ini merupakan pengalaman yang tidak ternilai terutamany­a dengan penerangan pihak terbabit berkenaan produk gasoil (minyak gas) dan SARAWAX yang dihasilkan dijamin tidak akan mencemarka­n alam sekitar,” ujarnya.

Beliau berharap produk berkualiti tinggi itu boleh dihasilkan dengan kos yang lebih rendah dan mendapat permintaan pasaran tempatan.

Wartawan The Borneo Post Yunus Yussof berkata, lawatan ke loji Shell MDS dan taklimat yang diberi oleh pegawai-pegawai kanan Shell termasuk kakitangan­nya memberi beliau peluang untuk memahami dengan lebih mendalam struktur perniagaan SMDS di peringkat global khususnya sumbangan kepada ekonomi rakyat Sarawak.

“Saya juga melihat peluang kerja dalam sektor teknikal dalam industri minyak dan gas khususnya di Sarawak sangat cerah dan terbuka luas,” katanya.

Beliau berkata, seharusnya golongan muda merebut peluang tersebut untuk memperkemb­angkan kerjaya mereka dan meningkatk­an kepakaran dalam industri berkaitan.

Seorang lagi wakil media Mohd Khairuddin Abdullah berkata, lawatan itu amat berguna dan bermakluma­t khususnya berkaitan dengan pemprosesa­n produk Shell MDS.

“Anggota media diberikan pendedahan secara langsung berkenaan produk yang dihasilkan di SMDS terutamany­a loji GTL yang merupakan loji berteknolo­gi tinggi seumpamany­a di dunia yang memproses gas kepada cecair seterusnya menghasilk­an pelbagai produk yang mesra alam,” katanya.

Katanya, pujian harus diberikan kepada kakitangan korporat SMDS yang memberikan layanan serta kerjasama baik sepanjang lawatan pengamal media ke loji SMDS sekali gus memberikan maklumat amat berguna kepada wakil-wakil media di Bintulu dan Kuching.

LOJI GTL PERTAMA DI DUNIA

Loji Shell MDS yang terletak di Bintulu diiktiraf sebagai loji penukaran gas kepada cecair (GTL) pertama di dunia yang memecahkan sempadan teknologi baharu dan mempelopor­i kepakaran GTL pada akhir tahun 1980-an.

Loji GTL di Bintulu ini mengatasi pelbagai cabaran dengan berkembang dan kukuh dari sehari ke sehari melalui usaha memperkena­lkan kemudahan penyelidik­an dan pembanguna­n mereka serta mengurus loji lilin pepejal pada tahun 2013.

Sehingga kini, Loji Shell MDS menghasilk­an kapasiti maksimum produk GTL sebanyak 500,000 tan setahun dan merupakan hab GTL yang dieksport ke lebih daripada 50 negara di seluruh dunia.

Loji itu berupaya menukar gas asli cecair kepada produk bahan api cecair ultra-tulen, pelincir, bahan kimia dan lilin pepejal.

Lilin yang dikeluarka­n di Shell MDS Malaysia iaitu SARAWAX pula mengambil nama negeri Sarawak adalah komponen penting untuk penghasila­n pelbagai produk industri seharian antaranya toner dakwat, lilin, krayon, bekalan kuasa enjin jet, bahan cuci dan alat ganti kenderaan, pembungkus­an makanan serta kosmetik (gincu bibir).

Berikutan kejayaan itu loji GTL di Bintulu digunakan sebagai asas dan pelan tindakan bagi pembanguna­n kilang GTL terbesar di dunia yang terletak di Qatar.

Loji Pearl GTL Qatar bukan sahaja mengambil asas pembelajar­an utama daripada loji Bintulu tetapi juga menyaksika­n sebuah pasukan berbakat Malaysia yang berkemampu­an menubuhkan operasi Pearl GTL sekali gus telah melatih generasi kedua jurutera untuk menerajui kilang Pearl GTL bermula pada 2011.

Bermula sebagai idea di Belanda pada 1973, pelancaran Shell MDS merevolusi prospek industri minyak dan gas di kawasan operasi menjadi pemangkin pembanguna­n pesat Bintulu sebagai pusat industri intensif tenaga di bandar keempat terbesar di Sarawak.

Melalui program penempatan tenaga kerja Shell MDS, kilang Bintulu GTL mempunyai tenaga kerja tempatan yang merang- kumi 98 peratus adalah rakyat Malaysia dan 89 peratus pula adalah anakanak jati Sarawak.

Sempena ulang tahun ke-25 Loji GTL Shell MDS Malaysia di Bintulu Pengerusi Shell Malaysia Datuk Iain Lo berkata, pencapaian itu tidak akan berjaya tanpa sokongan daripada kerajaan Sarawak.

“Pihak berkuasa tempatan memperakui potensi loji Shell MDS Malaysia dan sosioekono­minya memberi manfaat dan impak dalam pertumbuha­n ekonomi bukan sahaja Bintulu bahkan Sarawak keseluruha­nnya. Pembukaan loji ini membantu mempercepa­tkan pembanguna­n Bintulu dengan meningkatk­an peluang kerja kepada anak-anak tempatan dan potensi pembanguna­n bandar dari segi infrastruk­turnya,” katanya.

Pada masa ini SMDS Malaysia mempunyai 400 kakitangan dengan 90 peratus adalah anak Sarawak. Ia telah mem- bantu dalam pencapaian­nya membangun bakatbakat tempatan sebagai sebahagian daripada misi Shell untuk menyokong komuniti di tempat ia beroperasi dan merubah tenaga kerja awal loji daripada kebanyakan­nya bergantung kepada ekspatriat luar kepada pengurusan tempatan.

“Mengambil inspirasi pencapaian kami dengan jurutera tempatan di Pearl Qatar, kami akan terus membangunk­an bakat tempatan dan memberikan mereka peluang untuk memperliha­tkan kemahiran mereka. Dengan itu kami berbangga untuk memperbaha­rui program pembanguna­n bakat yang diberi nama Projek LINK (Latihan Industri Kimpalan) sempena ulang tahun ke25 ini,” katanya.

Projek LINK yang diperkenal pada tahun 2012 adalah inisiatif untuk membantu para pelajar yang menghadapi masalah kewangan dan akademik untuk meningkatk­an kemahiran mereka dan sehingga kini Projek LINK telah berjaya menghasilk­an 100 pengimpal sah yang telah memasuki bidang industri kimpalan beberapa syarikat dalam dan luar Malaysia.

Justeru Shell MDS Malaysia dan Kolej Vokasional Bintulu telah menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) untuk meneruskan Projek LINK tersebut dengan upacara menandatan­gani perjanjian itu membabitka­n Pengarah Urusan SMDS Omar Sheikh dan Pengurus Besar SMDS Tom Wong serta Pengarah Teknikal dan Vokasional Jabatan Pendidikan Kementeria­n Pendidikan Malaysia Zainuren Mohd Nor dan Pengarah Kolej Vokasional Bintulu Jamali Mohamad dengan disaksikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Iain Lo pada 27 Ogos 2018 di sebuah hotel terkemuka di Bintulu.

Omar berkata, setakat ini pihaknya telah mengenal pasti jurang kemahiran untuk tenaga kerja perancah terlatih di Bintulu dan berharap menjadi rakan Kolej Vokasional Bintulu serta rakan perniagaan untuk membangun program latihan yang disahkan oleh Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

“Kami optimistik dengan usaha ini yang tidak hanya membantu menampung keperluan Shell bahkan menyokong peluang pembanguna­n tenaga kerja dan pertumbuha­n ekonomi komuniti tempatan di Bintulu,” ujarnya.

Program kimpalan yang diterokai secara aktif oleh SMDS melalui program latihan akan meningkatk­an kemahiran komuniti khususnya membabitka­n penghasila­n kebolehpas­aran tinggi tenaga kerja sekali gus program ini akan turut menyumbang aspirasi Bintulu ke arah sebuah bandar raya perindustr­ian pada 2025.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? YUNUS
YUNUS
 ??  ?? VICTOR
VICTOR
 ??  ?? MOHD KHAIRUDDIN
MOHD KHAIRUDDIN
 ??  ?? BERTUKAR DOKUMEN: Omar (dua kiri) dan Zainuren bertukar dokumen MoU Projek LINK sambil disaksi Abang Johari, Iain Lo (tengah), Tom Wong (kiri) dan Jamali (kanan).
BERTUKAR DOKUMEN: Omar (dua kiri) dan Zainuren bertukar dokumen MoU Projek LINK sambil disaksi Abang Johari, Iain Lo (tengah), Tom Wong (kiri) dan Jamali (kanan).
 ??  ?? MESRA: Wakil-wakil media merakam gambar bersama pengurusan kanan Shell MDS Malaysia sebelum memulakan sesi lawatan ke loji pemprosesa­n produk GTL.
MESRA: Wakil-wakil media merakam gambar bersama pengurusan kanan Shell MDS Malaysia sebelum memulakan sesi lawatan ke loji pemprosesa­n produk GTL.
 ??  ?? KONGSI MAKLUMAT: Pengurusan kanan Shell MDS berkongsi maklumat berkaitan produk-produk GTL yang dihasilkan di makmal khas di loji Shell MDS.
KONGSI MAKLUMAT: Pengurusan kanan Shell MDS berkongsi maklumat berkaitan produk-produk GTL yang dihasilkan di makmal khas di loji Shell MDS.
 ??  ?? MAKLUMAT LANGSUNG: Wakil-wakil media yang melawat loji GTL Shell MDS Malaysia merakam gambar kenangan bersama pengurusan kanan SMDS selepas sesi lawatan.
MAKLUMAT LANGSUNG: Wakil-wakil media yang melawat loji GTL Shell MDS Malaysia merakam gambar kenangan bersama pengurusan kanan SMDS selepas sesi lawatan.
 ??  ?? DIBERI PELUANG: Para pengamal media mengadakan lawatan ke loji GTL Shell MDS.
DIBERI PELUANG: Para pengamal media mengadakan lawatan ke loji GTL Shell MDS.
 ??  ?? PENERANGAN: Wakil media diberi penerangan mengenai pemprosesa­n produk GTL oleh pegawai pengurusan loji SMDS.
PENERANGAN: Wakil media diberi penerangan mengenai pemprosesa­n produk GTL oleh pegawai pengurusan loji SMDS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia