Utusan Borneo (Sarawak)

Ariff AB impi lebar sayap seni ke Eropah

- Oleh Muhammad Faiz Baharin

KUALA LUMPUR: Tidak mudah berpuas hati dengan kejayaan mencipta nama di United Kingdom (UK), penyanyi tempatan Ariff Abu Bakar, 28, atau lebih dikenali sebagai Ariff AB, merancang untuk melebarkan kerjaya seninya ke Eropah.

Bernaung bawah label Navigator Records, beliau menyimpan hasrat untuk berkolabor­asi bersama artis antarabang­sa sebagai platform dalam usaha merealisas­ikan impiannya itu.

“Biarpun impian untuk berkolabor­asi bersama mendiang David Bowie tidak kesampaian, saya berharap dapat bekerjasam­a dengan penyanyi wanita dari Norway, Aurora dan kumpulan rock Australia iaitu Tame Impala.

“Kerjasama itu diharap membuka jalan untuk saya menembusi pasaran lebih luas di Eropah memandangk­an ketika ini, saya sudah pun mempunyai beberapa tawaran daripada pihak industri di Norway dan Berlin, Jerman,” katanya kepada Bernama dalam temu bual eksklusif di sini.

Selesa membawakan genre ‘Alternatif Folk’, penyanyi yang dalam rangka promosi album keduanya berjudul ‘Blue Skeleton’ itu berkata beliau akan kembali ke UK pada Oktober ini selepas beberapa bulan pulang ke Malaysia untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Ariff berkata beliau menjadikan rakan artis terdahulu seperti Yuna, Zainal Abidin dan Zee Avi sebagai dorongan serta panduan dalam mengatur langkah kerjaya seninya untuk mencipta nama di luar negara.

Mengakui namanya masih kurang dikenali di tanah air sendiri, Ariff merasakan ia adalah kerana genre yang dibawakann­ya itu kurang diminati peminat muzik di Malaysia, selain lagu dendangann­ya yang berbahasa Inggeris.

Bagaimanap­un beliau tidak menolak sekiranya diberi peluang untuk mencuba nasib di tanah air, malah memberi bayangan menyimpan keinginan untuk berkolabor­asi bersama artis tempatan seperti SonaOne dan Masdo.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Katanya lagu nyanyianny­a boleh didengari menerusi platform YouTube, Spotify, iTunes, SoundCloud dan BandCamp. — Bernama
Katanya lagu nyanyianny­a boleh didengari menerusi platform YouTube, Spotify, iTunes, SoundCloud dan BandCamp. — Bernama
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia