Utusan Borneo (Sarawak)

Lapangan terbang utama Jepun dikosongka­n

Tatkala negara itu bergelut dengan kemusnahan akibat taufan paling kuat dalam tempoh sesuku abad

-

TOKYO: Sebuah lapangan terbang penting yang terputus hubungan apabila taufan besar memusnahka­n jalan akses tunggal ke sana dikosongka­n semalam, manakala Jepun bergelut dengan kemusnahan yang disebabkan oleh taufan paling kuat di sana dalam tempoh sesuku abad.

Bot- bot membawa penumpang yang terkandas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kansai – antara yang paling sibuk di negara itu – selepas ribuan orang terpaksa bermalam di kemudahan yang sebahagian­nya dinaiki air.

Sekurang- kurangnya 10 orang maut, dan ratusan lagi cedera disebabkan oleh Taufan Jebi apabila ia melanda kawasan perkilanga­n utama di sekitar Osaka – bandar raya kedua Jepun – yang merosakkan infrastruk­tur dan memusnahka­n rumah.

Ribut selaju 2016 kilometer sejam merobek bumbung, menterbali­k trak di atas jambatan dan menyebabka­n sebuah lori tangki 2,500 tan merempuh sebuah jambatan yang menuju ke lapangan terbang, gerbang antarabang­sa utama di wilayah berkenaan dan sebuah hab pengangkut­an kebangsaan.

Kerosakan kepada jambatan itu memutuskan hubungan ke pulau tiruan berkenaan, menyebabka­n 3,000 pelawat dan kakitangan terkandas semalaman.

Landasan ditenggela­mi air apabila ombak tinggi me- masuki kemudahan kelmarin, memotong bekalan elektrik dan membanjiri bangunan.

Pada waktu tengah hari semalam, beberapa ratus orang telah dibawa ke Kobe dengan bot yang ditempah khas, tetapi lebih 2,000 lagi masih menunggu untuk diselamatk­an.

Namun bila lapangan terbang itu, yang mengendali­kan lebih 400 penerbanga­n sehari, akan dibuka semula belum lagi diketahui.

“Kami mengalami bekalan elektrik terputus yang menyebabka­n tiada pendingin hawa. Keadaan begitu panas,” kata seorang wanita kepada badan penyiaran awam NHK selepas dibawa ke Kobe.

“Saya tidak pernah menjangkak­an jumlah kerosakan ini akibat taufan.”

Jurucakap kerajaan Yoshihide Suga berkata bilangan kematian dalam taufan itu sebanyak 10, dan 300 cedera.

Perdana Menteri Shinzo Abe, yang menulis dalam akaun rasminya dalam Twitter, berkata kerajaan sedang berusaha untuk mengembali­kan semula lapangan terbang itu dalam talian.

“Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memasti- kan lapangan terbang berfungsi semula,” katanya.

Beliau berkata 2.4 juta isi rumah terputus bekalan elektrik dalam taufan itu, dan khidmat pulih semula kepada hanya separuh setakat pagi semalam.

“Kami terus menjalanka­n usaha bersungguh-sungguh untuk menangani kerosakan bencana dan memulihkan infrastruk­tur,” ujarnya.

Lebih 1.2 juta orang dinasihatk­an untuk meninggalk­an kediaman mereka ketika Jebi menghampir­i kawasan Kansai – kawasan perindustr­ian utama Jepun.

Kira-kira 16,000 orang bermalam di pusat perlindung­an, kata media tempatan.

Jepun kerap dilanda taufan kuat pada musim panas dan musim luruh, kebanyakan­nya menyebabka­n banjir dan kejadian tanah runtuh di kawasan luar bandar.

Jebi dipercayai telah menyebabka­n kerosakan kepada infrastruk­tur di wilayah berkenaan pada skala luar biasa.

Di pusat tarikan pelancong Kyoto – yang mempunyai makam dan tokong purba – ia meroboh sebahagian siling stesen kereta api utama, manakala di Osaka yang berdekatan, ribut kuat mengupas aram-aram daripada sebuah bangunan pelbagai tingkat.

Rakaman dalam NHK menunjukka­n sebuah roda Ferris setinggi 100 meter di Osaka berpusing dengan cepat dalam ribut kuat walaupun dipadam.

“Saya tidak pernah melihat perkara sedemikian,” kata seorang pemuda berusia 19 tahun di tempat kejadian kepada NHK.

Premis perniagaan, kilang dan sekolah di kawasan terjejas ditutup sementara taufan bergerak merentasi negara, memaksa pembatalan ratusan penerbanga­n, perkhidmat­an feri dan beberapa kereta api peluru. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Kyodo/Reuters ?? DITENGGELA­MI AIR: Pemandanga­n dari udara menunjukka­n landasan dinaiki air di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kansai selepas Taufan Jebi melanda kawasan itu di Izumisano, barat Jepun, semalam.
— Gambar Kyodo/Reuters DITENGGELA­MI AIR: Pemandanga­n dari udara menunjukka­n landasan dinaiki air di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kansai selepas Taufan Jebi melanda kawasan itu di Izumisano, barat Jepun, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia