Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak sasar tiga tahun bebas rabies

Justeru kerajaan memerlukan kerjasama semua pihak untuk mengekang penyakit ini

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Sarawak menyasarka­n sekurang-kurangnya tiga tahun untuk diisytihar Bebas Rabies atau penyakit anjing gila.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, dengan itu kerajaan khasnya Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak (JPVS) memerlukan kerjasama semua pihak untuk mengekang penyakit berkenaan.

“Isu sekarang adalah bagi memastikan rabies dapat dikekang atau dibendung dan sasaran kita adalah sekurangku­rangnya tiga tahun untuk Sarawak diisytihar bebas rabies.

“Maka itu kita amat memerlukan kerjasama daripada semua dan amat perlu bagi kita mengendali­kan program penangkapa­n anjing sasaran di beberapa kawasan ter- masuk Kuching,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan ‘ 20th World Congress of Internatio­nal Catholic Committee of Nurses and Medico-Social Assistants’ (CICIAMS) 2018 yang dihadiri Uskup Agung Gereja Roman Katolik Kuching Simon Poh di sini, semalam.

Tambah Uggah yang juga pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri, di Kuching terdapat kawasan hitam rabies tetapi tidak semua diwartakan sebagai kategori berkenaan.

Beliau berkata, Kuching merupakan pusat perniagaan serta pusat bandar raya maka amat penting untuk memastikan keselamata­n masyarakat.

“Jika anda melihat terlalu banyak anjing terbiar dan berkeliara­n yang akan mendatangk­an masalah, orang awam akan menyalahka­n kami kerana tidak mengambil tindakan.

“Disebabkan itu kami mengambil tindakan kini, di mana kami mengendali­kan Program Penangkapa­n dan Penghapusa­n Haiwan Liar bermula 1 September, yang akan berterusan,” tegasnya.

Mengulas mengenai dakwaan sebuah akhbar tempatan yang melaporkan Kerajaan Sarawak bertindak kejam terhadap haiwan dengan melemaskan anjing liar yang ditangkap, Uggah berkata beliau gembira kerana perkara itu sebenarnya tidak berlaku.

“Namun saya ingin menasihati media khasnya, untuk membantu kami dengan tidak menulis perkara yang tidak benar dalam akhbar.

“Ia bukan sahaja tular di sini sahaja tetapi di seluruh dunia dan ia pastinya mencalarka­n nama baik negeri dan negara kita.

“Tolong laporkan berita dengan penuh tanggungja­wab (dengan fakta) dan pastikan berita ditulis itu bukan berdasarka­n aduan tanpa sebarang bukti,” katanya.

Sebaliknya ujar beliau, membantu Kerajaan Sarawak dalam mengendali­kan program dan bukan mewujudkan berita yang tidak benar seperti itu.

Isu sekarang adalah bagi memastikan rabies dapat dikekang atau dibendung dan sasaran kita adalah sekurangku­rangnya tiga tahun untuk Sarawak diisytihar bebas rabies. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ?? SIMBOLIK: Uggah memukul gong sebagai simbolik perasmian CICIAMS 2018 sambil disaksikan Poh (tiga kiri) serta yang lain.
SIMBOLIK: Uggah memukul gong sebagai simbolik perasmian CICIAMS 2018 sambil disaksikan Poh (tiga kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia