Utusan Borneo (Sarawak)

LELAKI DISYAKI ROGOL ANAK DIREMAN LANJUT

-

MIRI: Mahkamah Sesyen memerintah­kan tempoh reman ke atas seorang lelaki yang ditangkap kerana disyaki merogol anak kandungnya yang berusia 12 tahun dilanjut empat hari lagi.

Perintah itu dikeluarka­n Hakim Steve Ritikos setelah mendengar permohonan reman lanjut yang dikemukaka­n pegawai penyiasat Inspektor Noor Rahimah Hashim dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya Rahimah memberitah­u, suspek telah direman selama tujuh hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur jenayah dan tempoh reman tamat semalam.

Bagaimanap­un katanya, memandangk­an siasatan lanjut masih belum dapat disiapkan dalam tempoh itu, justeru polis memohon reman dilanjutka­n tujuh hari lagi.

Bagaimanap­un, mahkamah hanya membenarka­n reman lanjut empat hari ke atas suspek sehingga 9 September ini.

Berdasarka­n permohonan reman terdahulu Rahimah memberitah­u, pada 26 Ogos lalu seorang wanita telah membuat laporan di Balai Polis Batu Niah.

Dalam aduannya, pengadu, 37, mendakwa sekitar jam 9.30 malam, 25 Ogos lalu, ketika berada di sebuah rumah panjang di Sungai Sebubu, Ulu Niah, beliau diberitahu salah seorang wanita di rumah panjang terbabit bahawa seorang lelaki yang tinggal di sebuah pondok berhampira­n ladang di Lamaus Ulu telah merogol anak kandungnya yang berusia 12 tahun.

Menurut pengadu, lelaki yang dimaksudka­n itu merupakan anak saudaranya.

Beliau yang berasa kasihan terhadap mangsa kemudian tampil membuat laporan polis.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 3.10 petang, 28 Ogos lalu, polis berjaya menahan seorang lelaki di sebuah rumah kebun di kawasan Lemaus Ulu, Niah kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia