Utusan Borneo (Sarawak)

JTK kesan 318 pelanggara­n dalam operasi ke atas premis refleksolo­gi

-

KUCHING: Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak semalam menjalanka­n operasi serentak ke atas tempat pekerjaan di premis-premis refleksolo­gi di seluruh negeri ini.

Menurut kenyataan medianya, operasi ini melibatkan 44 pegawai penguat kuasa dari semua Pejabat Tenaga Kerja termasuk lima pegawai dari Ibu Pejabat JTK Sarawak.

Dalam operasi ini, sebanyak 74 tempat pekerjaan telah diperiksa dengan sebanyak 318 pelanggara­n telah dikesan.

Pelanggara­n-pelanggara­n yang dikesan adalah melibatkan kegagalan majikan untuk menyimpan daftar peribadi (61 kes), gagal menyimpan daftar terma dan syarat penggajian (62 kes), gagal menyimpan daftar gaji dan elaun (53 kes), gagal memberi daftar gaji dan elaun kepada pekerja (54 kes), gagal memberi notis di bawah seksyen 60A (17 kes), menggaji pekerja bukan pemastauti­n tanpa lesen (11 kes), gagal membayar gaji hari kelepasan (10 kes) dan pelanggara­n-pelanggara­n lain.

Sehubungan itu, JTK Sarawak telah mengeluark­an 64 notifikasi pelanggara­n kepada majikan bagi memastikan tindakan pembetulan diambil oleh mereka yang terlibat.

Selain itu, sebanyak 11 kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat pelanggara­n di bawah seksyen 119 Ordinan Buruh (Sarawak), iaitu menggaji pekerja bukan pemastauti­n tanpa lesen.

Operasi khas ini bertujuan untuk meningkatk­an kesedaran pematuhan undangunda­ng di kalangan majikan di samping memastikan pekerjapek­erja memahami hak-hak mereka di bawah undangunda­ng perburuhan.

JTK Sarawak telah memulakan operasi yang serupa sejak bulan Jun yang lalu dengan sebanyak 306 tempat pekerjaan telah diperiksa.

Dalam operasi-operasi yang lalu sejumlah 1,672 pelanggara­n telah dikesan di mana 35 daripadany­a telah dibuka kertas siasatan.

Pelanggara­n-pelanggara­n yang dikesan melibatkan peruntukan- peruntukan di bawah Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76), Akta Majlis Perundinga­n Gaji Negara 2011 dan Akta Pampasan Pekerja 1952.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia