Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar disyaki rogol gadis bawah umur direman

Suspek turut dipercayai melakukan seks luar tabii terhadap mangsa yang berumur 14 tahun

- Oleh Rosemaria Buma

MIRI: Seorang pelajar tingkatan empat yang ditangkap kerana disyaki merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap seorang gadis bawah umur diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman enam hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Zuraini Ali Musa setelah membenarka­n pemohonan reman yang dikemukaka­n pegawai penyiasat Inspektor Clarissa Carol dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya Clarissa memberitah­u, pada malam 3 September lalu seorang remaja perempuan berusia 14 tahun telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Lutong.

Dalam aduannya, pengadu mendakwa sekitar jam 7 pagi, 26 Ogos lalu beliau telah dijemput seorang kawan lelaki untuk pergi ke rumahnya di kawasan berhampira­n.

Setibanya di rumah kawannya itu, pengadu dipaksa melakukan seks luar tabii sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Kemudian sekitar jam 8 pagi, 2 September lalu, lelaki yang sama mengarahka­n mangsa ( pengadu) pergi ke rumahnya dan sekiran- ya pengadu enggan, lelaki terbabit mengugut akan menularkan gambar mangsa yang dirakam pada kejadian 26 Ogos lalu.

Mangsa yang bimbang gambarnya ditularkan, terpaksa akur dan pergi ke rumah lelaki terbabit di mana dia telah dirogol di dalam bilik tidur lelaki berkenaan.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 10.40 pagi, 4 September lalu di hadapan sebuah sekolah menengah di sini, polis telah menangkap seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Dalam permohonan lanjutnya Clarissa memberitah­u, reman tujuh hari ke atas suspek mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah amat diperlukan untuk membolehka­n polis melengkapk­an siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 376/377C Kanun Keseksaan.

Selain itu, polis masih memerlukan laporan perubatan mangsa, justeru membebaska­n suspek lebih awal akan menjejaska­n siasatan lanjut polis.

Bagaimanap­un, mahkamah hanya membenarka­n reman selama enam hari ke atas suspek dan tempoh reman akan tamat pada 11 September ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia