Utusan Borneo (Sarawak)

Perompak kapal tangki kena lapan tahun, tiga sebatan

-

BINTULU: Seorang daripada lima perompak warga Indonesia yang mengaku bersalah merompak kapal tangki TESAI di perairan Bintulu pada 4 Ogos lepas dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Bintulu semalam.

Sementara itu, empat lagi perompak terbabit tidak mengaku bersalah melaku- kan rompakan kapal tangki tersebut dan akan dibicaraka­n pada Mac 2019, demikian menurut Pengarah Zon Maritim Bintulu Kapten Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah dalam kenyataan medianya di sini, semalam.

Katanya, sebelum itu kelima- lima perompak itu dijatuhkan hukuman penjara (?) bulan dan tiga sebatan setelah mengaku bersalah atas kesalahan tinggal di Malaysia tanpa pas yang sah mengikut peruntukan di bawah Perenggan 6(1) Akta Imigresen 1959/63.

Pada 4 Ogos lalu katanya, sebuah kapal tangki TESAI yang dalam perjalanan dari Bintulu ke Miri telah dirompak sekumpulan lima perompak yang menggunaka­n bot laju pada kedudu- kan lebih kurang 11 batu nautika barat laut Tanjung Kidurong.

“Kumpulan perompak itu telah merompak seutas rantai emas, lima unit telefon bimbit dan wang tunai lebih kurang RM5,000 dengan kerugian dianggarka­n berjumlah RM19,800,” ujarnya.

Dengan kejayaan penangkapa­n kumpulan perompak ini katanya, dipercayai secara tidak langsung telah menyelesai­kan kes-kes rompakan di perairan Bintulu sejak 2016.

Justeru katanya, Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Bintulu menggesa komuniti maritim terutamany­a di Bintulu untuk sentiasa berhubung dan menyalurka­n maklumat berkaitan sebarang perlakuan jenayah di laut kepada APMM Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia