Utusan Borneo (Sarawak)

Tidak dibelikan ais, lelaki cuba tetak abang, ibu direman tiga hari

-

MIRI: Hanya kerana ibu tidak membelikan ais, seorang lelaki tiba- tiba mengamuk dengan bersenjata­kan sebilah parang serta cuba menetak abang dan ibu kandungnya.

Suspek, 36, dari Sungai Bekelit Hilir, Bekenu yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pagi semalam bagi mendapatka­n perintah reman, diperintah­kan supaya direman tiga hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarka­n Hakim Steve Ritikos setelah meluluskan permohonan reman yang dikemukaka­n penolong pegawai penyiasat Sarjan Daveora Julaimi dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya Daveora memberitah­u, seorang lelaki warga emas telah membuat laporan di Balai Polis Bekenu.

Dalam aduannya, pengadu mendakwa sekitar jam 6 petang, 3 September lalu, ketika berada di rumahnya di sebuah rumah panjang di Bekelit Hilir, Bekenu, anak lelakinya telah mengamuk sambil membawa sebilah parang serta cuba menetak abang serta ibunya (isteri pen- gadu).

Pengadu sempat menangkap anaknya itu dan merampas parang yang dipegangny­a.

Menurut pengadu, anaknya itu bertindak sedemikian hanya kerana ibunya tidak membelikan ais untuknya.

Pengadu sekeluarga yang bimbang akan keselamata­n diri bertindak keluar dari rumah itu setelah melihat anaknya itu semakin marah dan hendak membakar tong gas.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 3.50 petang, 4 September lalu, polis berjaya menangkap seorang lelaki di sebuah pondok di kawasan ladang sawit di Bekelit Hilir, Bekenu kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Dalam permohonan­nya Daveora berkata, memandangk­an siasatan lanjut tidak dapat diselesaik­an dalam tempoh 24 jam, justeru polis memohon reman empat hari ke atas suspek mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

B a g a i m a n a p u n , mahkamah hanya membenarka­n reman tiga hari sehingga 8 September ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia