Utusan Borneo (Sarawak)

Pan Borneo tidak merentasi Brunei disokong

Ia akan merancakka­n lagi pertumbuha­n ekonomi di wilayah utara Sarawak: Masing

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Keputusan untuk tidak membina projek Lebuh Raya Pan Borneo yang menghubung­kan Sarawak dan Sabah merentasi Brunei akan merancakka­n lagi pertumbuha­n ekonomi di wilayah utara Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata laluan projek Lebuh Raya Pan Borneo seharusnya bermula dari Pekan Marudi ke Long Terawan kemudian menyusuri ( tepi) Taman Negara Mulu sepanjang sempadan Sarawak dan Brunei terus ke Hulu Sungai Limbang dan Hulu Sungai Trusan.

Kemudian katanya, laluan berkenaan akan disambungk­an dengan pekan Lawas sebelum bercamtum dengan sempadan Sabah.

“Saya bersetuju dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Lebuh Raya Pan Borneo seharusnya tidak dibina merentasi Brunei.

“Laluan ini seharusnya bermula dari pekan Marudi ke Long Terawan kemudian menyelusur­i (tepi) Taman Negara Mulu sepanjang sempadan Sarawak dengan Brunei terus ke Hulu Sungai Limbang dan Hulu Sungai Trusan, selepas itu disam- bung dengan pekan Lawas sebelum bercantum dengan sempadan Sabah,” katanya semalam.

Masing yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an berkata laluan berkenaan akan membuka laluan hingga ke hulu Sungai Limbang dan Sungai Trusan di Lawas.

“Lebuh raya ini akan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat yang tinggal di pedalaman wilayah utara Sarawak.

“Jaraknya ialah kira-kira 250 kilometer dengan anggaran kos kira-kira RM3.5 bilion,” jelasnya.

Dr Mahathir pada Isnin lalu ketika sesi soal jawab selepas menyampaik­an sya- rahan di Universiti Brunei Darussalam berkata Malaysia dan Brunei secara dasarnya mencapai persetujua­n, projek Lebuh Raya Pan Borneo tidak akan dibina merentasi Brunei.

Persetujua­n itu katanya, dicapai dalam pertemuan antara beliau dengan Sultan Hassanal Bolkiah yang berlangsun­g di Istana Nurul Iman di Brunei sempena lawatan rasminya ke negara itu.

Menurut Dr Mahathir, persetujua­n itu bersandark­an kepada beberapa faktor berkaitan khususnya kekangan kos, selain isu imigresen sekiranya lebuh raya itu dibina merentasi Brunei. BINTULU: Penyediaan latihan untuk mereka yang melakukan pekerjaan berisiko seperti di ruang terkurung dan tempat tinggi di tapak pembinaan dan industri perlu diberi perhatian dalam usaha membantu kerajaan mengurangk­an kes kemalangan di tempat kerja.

Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pemakaian peralatan perlindung­an peribadi (PPE) yang bersesuaia­n dan secara betul juga mampu mencegah kecederaan dan kematian ketika berlakunya kemalangan.

Beliau berkata Jabatan Kesihatan dan Keselamata­n Pekerjaan (JKKP) telah pun mengeluark­an Tatacara Amalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010 yang menjadi panduan keselamata­n dan kesihatan bagi mengelakka­n mereka yang terlibat terdedah kepada bahaya yang mungkin dialami semasa bekerja.

Katanya, pelbagai insiden yang dilaporkan akibat terdedah kepada bahaya dalam ruang terkurung dapat dielakkan sekiranya mereka yang terlibat mematuhi garis panduan ditetapkan di bawah tata amalan tersebut.

Lee menyeru agar keselamata­n dan kesihatan pekerjaan dibudayaka­n dalam pelbagai industri bukan sahaja industri besar bahkan dalam industri kecil dan sederhana termasuk dalam agensi, jabatan kerajaan dan swasta.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Seminar ‘Managing OSH Challenges In Malaysia’ anjuran NIOSH Wilayah Sarawak dan 3M Malaysia Sdn Bhd di Dewan Kuliah Utama ADTEC (Pusat Latihan Teknologi Tinggi) Bintulu semalam.

Turut hadir Ketua Hal Ehwal Kerajaan dan Pemasaran 3M Malaysia Sdn Bhd Khairul Azhar Abdul Karim, Pengurus NIOSH Wilayah Sarawak Mohamad Anizan Mohammed Amin, Pengarah ADTEC Bintulu Nasaruddin Mohammad, Pengarah Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu Dr Mohd Nawawi Omar dan Pengurus Jualan Pangkalan Bintulu Operasi Malaysia Timur 3M Malaysia Sdn Bhd Ethan Tan.

Seminar itu bertemakan kelengkapa­n perlindung­an diri di dalam ruang terkurung serta bekerja selamat di tempat tinggi dengan harapan dapat memberi manfaat kepada 250 peserta dari Sarawak dan Sabah.

Saya bersetuju dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Lebuh Raya Pan Borneo seharusnya tidak dibina merentasi Brunei. Tan Sri Datuk Amar James Masing Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? MASING
MASING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia